Sunday, April 29, 2012
Nasi Bawang
Nasi Bawang ni saya teringin nak mencubanya selepas tengok rancangan "sarapan di mana..?" ;)
Ringkas saja resepinya... Jom masak!
Bahan-Bahan:
- 2 cawan beras (dibasuh, dan ditoskan)
-2 biji bawang besar (dihiris dadu)
-4 ulas bawang putih (dihiris dadu)
-sedikit halia (dihiris halus)
-kayu manis, Buah Pelaga dan Bunga Lawang
-2 sudu besar mentega
-2 helai daun pandan (wangi)
-Garam dan Gula secukup rasa
-Air secukupnya (4 cawan air)
Cara-Cara:
-Tumiskan dahulu kayu manis, Bunga lawang dan buah pelaga dan halia dengan mentega biar wangi
- Masukkan pula bawang2 hingga naik bau dan kekuningan
- Masukkan beras dan kacau rata.
- Masukkan air dan daun pandan
- boleh bubuh garam secukup rasa dan gula (optional)
*gabungan garam dan sedikit gula mampu hasilkn rasa lemak pada masakan
- Tanak seperti biasa (saya guna rice cooker)
Boleh makan bersama ayam masak merah atau ayam daging masak rendang ikut kesukaan masing2.. (saya suka makan bersama ayam masak merah dan acar sayur-jelatah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Salam semua... alhamdulillah ummi try satu resipi baru hasil carian di internet.. resepi untuk daging kambing.. selalu buat sup atau kari sa...
-
Salam.. yang ni pula nak sampaikan cara buat pes tomyam..kahs buat sahabat-sahabatku yg di perantauan ni lah.. maklum, tiada dijual yg sese...
-
salam.. resipi ni diminta oleh mama hanin selepas saya ada bagitahunya saya pernah buat ayam kicap singapura.. saya belajar pun dari laman m...
-
salam sejahtera semua... Kali ni ummi nak share masakan kesihatan... ia juga baik untuk dijadikan sebagai makanan ketika berpantang buat ib...
-
I want a LIVE Facebook PARTY!!! #DiGiforall
-
Namanya ayam masak lemak cili api sweileh sebabnya resipinya dah sedikit berubah dari idea asal kak ngah saya (actually dari belah suaminya,...
-
Assalamu'alaikum dan salam ceria semua... harap semua pengunjung di blog sempoi ummi yg 'kecik' ni sihat-sihat belaka ye. ^^ ...
1 comment:
Salam , nanti eyda nk try kat r=)
Post a Comment