RSS
http://www.suterasongket.com/?ref=se_mn

Ayam Bakar Kari

Salam Ceria Semua.. :D

Hari ini resipinya adalah yang sangat simple! Ayam Bakar Kari.. hihii
Baik untuk kurangkan pengambilan lemak setiap hari.. tak perlu tambah minyak kerana pada ayam itu sendiri sudah ada minyaknya hasil dari kulit dan lemaknya.. ;) resipi dari sahabat saya, puan Yana.



Bahan-Bahan:
- ayam yang dipotong 6@8 (saya juz amik 3 potong darinya)
- satu sudu serbuk kunyit
- 5 sudu serbuk kari daging
- satu sudu garam (x perlu masin sangat)
- satu sudu cili kering yg telah diblend

Cara-Cara:
- satukan kesemua bahan dalam satu mangkuk
- gaulkan rata
- Bakar seperti biasa.. (guna non-stick kuali@oven@pembakar jaring besi) yg best bakar dgn aranglah.. ;)
- bakar hingga masak.. siap!! simple se'simple'2 nya kan..? ;)
- cubalah..sedap.. yum2x..
- makan dengan air asam.. lagi tambah selera..!

note: boleh juga dimakan dengan kuah percik..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Syurbah Najmah ::

Salam semua..

Lama sangat rasanya tak update blog ni.. hehe.. banyak je yg nak disimpan dalam koleksi masakan ni tapi asyik tertunda-tunda je..huhu

ok, hari ni saya nak masukkan satu resipi sup (syurbah) arab.. actually kawan saya, K.ina yang ajarkan ni.. dia dah pro masakan arab berbanding saya..yelah K.ina pun dah lama duk Jordan ni.. ;)

saya namakannya Syurbah Najmah (Sup Bintang)


Saya ubah sikit mengikut bahan yang saya ada.. cume yang penting makaroni bintang comel2 tu adalah.. ;)

Bahan-Bahan:
- 1 paket kecil Star Macaroni
- 1/4 kg Daging Cincang ataupun Daging hancur (mafrum)
- Tomato 2-3 biji direbus terlebih dahulu, rendam kemudian siat kulitnya
- 2 biji bawang besar dicincang dadu
- 4 biji bawang putih dicincang dadu
- 2 biji Lobak Di potong dadu kecil
- setengah tin humus (kacang kuda ready made)
- 100 gram 'adas (kacang dal) rendam seketika
-minyak sikit utk menumis
- air
- garam secukup rasa
- optional: 1 kiub ayam atau serbuk perasa

Ni star macaroninya..

cara-cara:
- Blend tomato yg sudah disiat kulit tadi
- tumiskan bawang terlebih dahulu
- masukkan daging hancur tadi
-kacau hingga separuh masak
-masukkan sedikit air bersama tomato blend tadi
- masukkan pula kacang dal dan lobak dadu tadi
- kacau kemudian masukkan kacang kuda dan star macaroni..
- masukkan lebihan air mengikut kesukaan
- tambah garam secukup rasa
- siap
- boleh dimakan bersama roti atau makan begitu saja.. :) berkhasiat tau.. ;)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Homemade Nasi Impit ::

Apabila duduk diperantauan ni.. semua masakan Malaysia yang diidamkan kenalah buat sendiri.. Baru-baru ni masa open house bayt amzar, kami sediakan salah satu menunya nasi impit bersama kuah kacang dan rendang daging.. just nak berkongsi buat nasi impit sendiri.. idea dari k.yus yg juga pelajar di jordan ni..


-1 cawan beras nisbah dengan 3 cawan air
(kami guna beras basmathi atau beras beriani..)

-basuh dahulu beras then tanak seperti kiraan di atas.. kalu 5 awan, airnya 15 cawanlah..

-Then bila dah kering airnya, masukkannya dalam plastik bungkus biasa atau plastik ziplock, ikut suka.. masukkanlah separuh dari plastik tu then padatkan nasi dalamnya..yang sebahagian plastik tu lipatkan kemas2.. kalu 5 cawan ni, maybe blh dapat dalam 6 bungkus kot..ikut size plastiklah..

- Dah siap bungkus tu, tindihkan dengan apa2 barang yang agak berat spt buku atau kitab nak bagi ianya lebih padat. sejukkan.. blh jg kalau nak cepat masukkan dalam peti seketika tp jangan masa panas2 tu pulak.. nanti rosak pula peti sejuknya..hihii..

- ok, siaplah dipotong dan dimakan bersama lauk kegemaran anda! :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: CARA MEMBUAT TEMPE ::

TEMPE. (Sumber dari kak Noormasri)

Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif kak Noor guna oven pd suhu 20′C-30′C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.

Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30′C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, ’seal’kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30′C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.

Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 ‘C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: About Us ::

My Photo
BAYT AMZAR
Sweileh, Amman, Jordan
Sebuah keluarga kecil yg kini sedang mengembara mencari ilmu di bumi anbiya', jordan. Moga hidup dalam Berkat, Redha dan rahmatNYA selalu..amiin.
View my complete profile