Friday, October 19, 2012
Gulai Lemak Sotong Sumbat Tauhu
Assalamu'alaikum dan salam ceria semua... harap semua pengunjung di blog sempoi ummi yg 'kecik' ni sihat-sihat belaka ye. ^^
Ok, hari ini nak kongsikan buat Gulai Lemak Sotong Sumbat Tauhu pula.. kalau selalu biasa kita buat sotong sumbat pulut kan... ha, yang ni ummi dapat idea dari laman pilihan ummi lah, MyResepi.com ^__^ Ummi olah2 sikit je... alhamdulillah masih menepati citasara!
Jom Mula!
Bahan-Bahan:
- Beberapa ekor sotong (bersihkan terlebih dahulu)
- 1 biji Bawang besar kuning (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- sedikit kunyit hidup (kisar)
- sedikit halia (kisar)
- 1 asam keping
- beberapa hiris buah mempelam atau mangga masam (optional)
- 1@2 batang serai (dititik)
- 2 sudu makan cili giling - nak guna cili api pun bolehlah.. (kisar)
-1 kotak santan 250ml / santan fresh ye 2 biji
- sedikit air
Untuk Bahan Sumbat:
- 3 keping tauhu
- 1 biji telur
- 1 sudu kec il serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- sedikit garam
Cara-Cara:
1) Untuk bahan sumbat:
- hancurkan tauhu.
- pecahkan telur ke dalamnya dan gaul sebati
- masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam. gaul rata.
- Sumbatkan ke dalam badan sotong dan tutup dengan kepala sotong dan dicucuk dengan lidi kecil (pencungkil gigi)
2) Gulai
- Satukan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air
- panaskan di atas dapur.
- masukkan asam keping, serai, cili giling
- Dah mendidih, masukkan santan, perlahankan api
- Masukkan sotong yang sudah siap disumbat dgn tauhu tadi satu2...dan sekali hirisan mempelam/mangga muda (optional) nak gantikan dengan kacang panjang pun ok jg.
- kacau perlahan-lahan hingga didih dan perasakan dengan garam dan gula atau serbuk perasa jika mahu.
- Dah mendidih, tutup api. siap!
p/s: - sotong x perlu lama sangat dimasak, sebab nanti isinya akan rasa keras.
Ok, Selamat Mencuba! ^^
oh ya, nak kongsi atau mencari-cari idea masak..? mari join group masak-masak di FB. Klik SINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Bahan-Bahan: - 2 ekor ikan Tilapia merah (dibersihkan dan dibelah 2) - 1 biji bawnag besar kuning - 3 ulas bawang putih - 2 sudu makan cili ...
-
salam sejahtera semua... Kali ni ummi nak share masakan kesihatan... ia juga baik untuk dijadikan sebagai makanan ketika berpantang buat ib...
-
Assalamu'alaikum dan salam ceria semua... harap semua pengunjung di blog sempoi ummi yg 'kecik' ni sihat-sihat belaka ye. ^^ ...
-
Bahan-Bahan: - 2 paket tempe (dipotong panjang kecil) - satu kotak santan (kecil) - 1/2 biji bawang besar @ 4 ulas bawang merah - 2 ulas baw...
-
Bahan-bahan: - 1/2 agar-agar kering (yg 20g tu) - Air secukupnya (dlm 8-10 cawan air) - 1 tin susu cair - 1-2biji pisang (tgk size) - 2 sudu...
-
Bahan-Bahan: - Tempe x2 - dipotong dadu atau nipis dan digoreng dahulu. - 1 bungkus cendawan tiram - dicarik2 - 1 mangkuk ikan bilis...
-
Nasi Lemon ni first Trial ummi.. resepi dapat daripada Majalah Kegemaran Ummi la.. RASA. keluaran terbaru OKtober ni. Disebabkan ummi...
-
Wa.. arini ummi sangat teruja menyediakan menu chicken chop yg dh lama teringin nk buat sendiri.. Pernah makan di kedai je.. Bila dah rasa b...
-
Apabila duduk diperantauan ni.. semua masakan Malaysia yang diidamkan kenalah buat sendiri.. Baru-baru ni masa open house bayt amzar, kami s...












1 comment:
uhibbu jiddan jiddan..terliur tgk sotong...adoi payah nak cr sotong kat jordan nih...xsbr nk balik msia nih..
Post a Comment