Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 23, 2012

Kerabu Pucuk Paku



Alhamdulillah... ummi dah siapkan menu untuk berbuka arini.. Kerabu Pucuk Paku yang umi dapat idea nak masak dari ahli group di Resepi dan Masak-Masak FB. :) Cuma resepinya ummi ikut resepi jawa mak ummi :)
Erm, InsyaAllah ummi ingat nanti hari 'Arafah (khamis ni) nak juga puasa.. Sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh HR Muslim bermaksud: "Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun yang akan datang." selepas Nabi SAW ditanya tentang puasa di hari 'Arafah.

Ok, Jomlah kita masak!

Bahan-Bahan:
-      - Seikat Pucuk paku
-      - Semangkuk atau segenggam besar taugeh
-      -  ½ biji kelapa parut (digoreng tanpa minyak dan ditabur sedikit serbuk kunyit (optional) )
-      - *1 biji bawang merah atau bawang besar
-      - *4 ulas bawang putih
-      - *Segenggam ikan bilis
-      - *5 batang cili api atau lebih jika suka pedas
-      - ½ kilo sotong (optional-kerang@udang@lala@other seafood)
-      - Sedikit hirisan bawang besar (hiris bulat2)
-       - Lemon (ambil jusnya sahaja)

Cara-Cara: 
- Pucuk paku dibersihkan dan dipotong  dan dicelur air panas
- Begitu juga taugeh dicelur air panas seketika
-         - Goreng bahan-bahan bertanda *
-         - Sotong dibersihkan dan dikerat sederhana serta direbus terlebih dahulu sehingga empuk
-         - Tumbuk lumat bahan-bahan yg digoreng tadi bersama garam secukupnya
-         - Kelapa parut digoreng tanpa minyak sehingga keperangan
-         - Akhir sekali, satukan semua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk. Gaulkan rata
-          - Jika kurang masin, tambahkan garam lagi. Perahkan dengan sedikit perahan jus limau (ummi guna lemon je)
-         - Ok, Siap!
-         - Mak ummi kata, kalau org jawa selalunya digoreng sume bahan mentah tu (yg bertanda *),  kalau biasa org buat mentah2 je.. ulam-ulaman yg menyelerakan!
-           
        Note: nak tambah belacan pun boleh.. ^^




               -------------------------------------------------------------------------------

    
          Iklan: Pengedar-Pengedar di seluruh Malaysia dikehendaki bagi memasarkan rempah Mee Bandung Odeon! Boleh klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut!


























No comments:

Popular Posts

Carrot