Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, October 2, 2012

Roti Bakar Pizza


Assalamu'alaikum..

Ha.. yang hari ni menu, simple saja dan sempoi pastinya ye..! hehe. Buat sarapan pagi untuk anakanda dan suami tercinta sebelum ke tempat kerja dan ke sekolah. Anakanda berdua tu memang favourite diorang lah ni! Seronoklah umminya tengok anaknya berselera... almaklum.. kedua-duanya baru baik demam.. Termasuklah abinya juga.. ^^

Bahan-Bahan:
- Beberapa keping roti gardenia (ikutlah berapa nak buat)
- Sosej ayam atau daging (ummi guna Ramli punya)
- Cheese Mozzarella
- Sos Cili
- Mayonnaise


Cara-Cara:
- rebus dahulu sosej dan potong nipis2
- ambil sekeping roti dan susunkan sosej atasnya
- letakkan mayonnaise, kemudian sos cili dan akhir sekali taburkan cheese Mozzarella
- Bakar di atas pemanggang atau mana2 barang masakan yg sesuai untuk dibakar. Oven pun boleh. Suhu rendah saja cukup. Bakar dalam 5 minit saja dengan api sederhana.
- Ummi guna Pemanggang Ajaib Are Ikan saja. Mudah, Cepat dan Berbaloi! heheh ^^

Ok, Selamat Mencuba!!

Opps.. oh ya, dah daftar untuk Cabutan Bertuah Rempah Mee Bandung Odeon?? Mari cuba, mana tahu ada rezekinya... tiap2 bulan akan dibuat cabutan. Menang 2 Paket Rempah family 180gram. :)
Klik SINI..

Ilalliqa'..!











 

3 comments:

umie said...

yummy,yummy,terus peyot terasa lapar...salam perkenalan..:-)

Ummu Uwais said...

hihii...

terima kaish dtg singgah... salam perkenalan juga :)

rieyzana Mka said...

T.kasih berkongsi resepi.. boleh cuba nieh.. sarapan yg simple...

Popular Posts

Carrot