Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, June 28, 2011

Daging Kambing Masak Manis

p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks)

gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh hari.. terlupa nak snap gambar ms hidangan tu..huhuu


Kali ni ummi nak kongsi resepi daging kambing pula.. mungkin kawan2 (especially masih di jordan) nanti ada idea nak masak yang resepi ni pula... bertukar selera gulai kari atau sup je kan untuk kenduri kendara especially kenduri aqiqah :) ummi belajar ni masa buat aqiqah anakanda Munzir di JB sejurus pulang dari Jordan awal tahun ni. So, masa kenduri aqiqah anak abg ummi di kg pahang pula, ummi dapat request dr bondanya untuk masakkan kambing masak manis ni gantikan gulai kari.. :-) alhamdulillah satu pengalaman yg cukup bermakna!


Bahan-Bahan: (untuk 1 kg daging)
- 1 kg daging kambing

Bahan kisar:
- 4 biji bawang besar
- 1 biji bawang putih (6-7 ulas)
- 2 batang serai
- 1-2 inci Halia
- sedikit lengkuas
- 10 tangkai cili kering

Lain-lain:
- 1 biji tomato (dadu)
- tomato puree (1/2 tin)
- 2 cawan sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 cawan gula pasir atau secukupnya
- 1@ 1/2 tin susu cair
- rempah 4 sekawan
- garam dan serbuk perasa(optional) secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-Cara:
- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
- Masukkan tomato dadu, tomato puree, rempah 4 sekawan, serbuk perasa (optional)
- kemudian masukkan pula sos cili, sos tomato serta susu cair dan garam
- dah naik minyak, masukkan daging kambing. air dari daging akan keluar, so, x perlu tambah air dlm masakan ini.
- masaklah hingga daging empuk.

note: - kacau kerap agar tiada kerak di bawah.
- blh juga tambah kentang mengikut selera masing2 :)
- gula lebih sikit coz resepinya masak manis..hiiiihii

2 comments:

Amie said...

assalam,
lama tak makan kambing masak manis....sedapkan!

BAYT AMZAR said...

wa'alaikumussalam k.amie,

ha'ah mmg sedap... alhamdulillah! :)

Popular Posts

Carrot