Subscribe:

Ads 468x60px

Friday, May 29, 2009

:: Nasi Daging Masala ::

gambar hiasan..

Sumber: Mesra.net


Bahan-Bahan:


-500 gm beras basmati
-300 gm daging (belah empat)
-200 gm ghee
-1 sudu garam masala
-5 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-3 cm halia (dihiris nipis)
-2.5 cm kayu manis
-4 kuntum bunga cengkih
-1.5 liter air
-½ cawan susu cair
-Garam


Cara-Cara:

-Basuh beras dan ketepikan. Panaskan ghee dan tumis halia, kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang merah serta daging.

-Kacau rata sehingga daging dan beras sebati. Masukkan air dan tuang garam masala. Tutup periuk sehingga air mendidih.

-Buka sekejap dan tuangkan susu, masukkan garam dan tutup rapat periuk. Pada yang menggunakan api biasa, sebaik airnya kering, kecilkan api.

-Bila nasi benar-benar masak, anda boleh menghidangkan sekali atau daging dihiris-hiris serta diatur pada nasi. Sedap dimakan begitu sahaja.
* boleh je tukar garam masala ke garam biasa.. jadi, nasi daging biasa.. :)

:: AYAM MASAK KUZI ::


Bahan-Bahan:

-Setengah ekor ayam dipotong sederhana
-1 biji bawang besar diblend
- 4 biji bawang putih diblend
- 3 inci halia ditumbuk
- 2 sudu besar cili kering
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- setengah tin santan (satu cawan)
- garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu tomato paste
- serai dititik
- rempah 4 sekawan
- sedikit minyak untuk menumis
- air

Cara-Cara:
- tumiskan bahan2 kisar, cili kering, tomato puree, serbuk lada hitam, rempah sekawan dan halia
- masukkan ayam
- gaul. masukkan air dan santan
- perasakan dengan garam dan gula
- masak hingga ayam empuk dan kuah pekat
- siap

* boleh tambah bahan masakan seperti nenas penambah kesedapan kuzi ayam ;)

Monday, May 25, 2009

:: PUDING ROTI SIMPLE ::

PUDING ROTI SIMPLE
(tfsalihah@myresipi.com)

Dscn1123



Bahan-Bahan:
-5 Keping roti potong (Gardenia)

1 sb mentega/ butter cup

-1/2 cawan gula - kalo nak manis tambahkan lagi

-3/4 tin susu cair

-3 biji telur

-1/2 sk vanilla

-Kismis dan pewarna

Cara-Cara:
-Sapu mentega dengan roti dan carik2 kan roti dan masukkan ke dalam bekas pembakar

-Putarkan susu, telur and gula hingga kembang. P/s : (Guna blander pun boleh)

-Masukkan sebatian susu, telur dan gula ke dalam bekas pembakar

-Bakar pada suhu 220 darjah selama 30 - 35 minit15 minit kemudian, tutup suis dan kuarkan.

-Tabur kismis dan pewarna. Then masukan balik dlm oven.

-Sejukan pada suhu bilik dan masukkan kan ke dalam peti ais. Then hidangkan

Thursday, May 21, 2009

:: SAMBAL KICAP ::

Bahan-bahan:
- 4 biji cili hijau @ 10 biji cili api
- 2 biji bawang putih
- secubit garam
- 1 sudu kecil gula
- kicap pekat
- air sup ayam
- perahan lemon sikit


Cara-cara:
- Blend kesemua bahan2 sekali..
- siap!
- ringkas je..

Sunday, May 17, 2009

:: AYAM REBUS HALIA SWEILEH ::

Ayam Rebus Halia.. saya olah2 sikit disebabkan tiada pengukus dirumah.. ;) makanan berkhasiat! insyaAllah.. org sedang berpantang bersalin pun boleh makan!




bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam dibelah 6
- sos tiram
- 4 biji bawang putih ditumbuk
- 5 inci halia dihiris2 nipis
- satu sudu garam

- 4 biji bawang putih dihiris 4 (untuk dibakar bersama ayam)
- 3 inci halia dihiris (untuk dibakar bersama ayam)
- serai ditumbuk dan dipotong 2

Cara-Cara:
- rebus ayam bersama halia hiris , bawang putih hiris dan garam
- rebus setengah masak
- angkat ayam
- masukkan dalam loyang
- lumurkan bersama sos tiram, bawang putih tumbuk, serai dan hirisan halia
- tutupkan dengan aluminium foil
- masukkan dalam oven dengan diletakkan air dalam tray oven
- bakar dalam 240'c selama 60 minit
- siap!

:: NASI MINYAK HUJAN PANAS ::




Bahan-bahan:
- 3 cawan beras basmathi dibersih dan direndam 10 minit
- 1 biji bawang besar dimayang halus
- 4 rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga)
- 2 kiub ayam
- minyak sapi atau marjerin@samnah@ghee
- pewarna kuning, hijau dan merah
- air secukupnya


Cara-Cara:
- tumiskan bawang bersama 4 rempah sekawan dan kiub ayam
- masukkan beras
- masukkan air secukupnya . tanak seperti biasa
- dah kering, titiskan pewarna2 tadi di lain2 tempat atas nasi
- kemudian gaul rata nasi tadi
- selesaikan masak nasi hingga betul2 masak
- boleh masukkan juga kismis!
- siap!

:: ACAR TIMUN MASAK ::

Assalamu'alaikum wrt...

mari buat acar timun masak pula..sesuai dimakan bersama nasi minyak, nasi tomato etc.. :)



Bahan-bahan:

- 2 batang timun dihiris panjang2
- 2 biji lobak dihiris panjang2
- 2 biji cili merah dibuang biji dan dipotong panjang2
- 1 biji bawang besar dimayang
- 4 biji bawang putih dibelah 4
- sedikit minyak untuk menumis
- serbuk kunyit sikit
- garam dan gula
- cuka
- biji sawi sikit


Cara-cara:
- tumiskan bawang2 dulu
- masukkan serbuk kunyit
- masukkan lobak dan sedikit air
- masukkan timun, cili merah dan biji sawi
- masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa
- siap!

Friday, May 15, 2009

:: MAQLUBAH ::

Salam semua..
saya ambil resipi ni dari k.ina sweileh lagi.. actually saya dah pernah 2 kali buat tp asyik terlupa nk snap gambarnya dan yang saya buat sedikit ringkas.. maklum, ni makanan arab jordan jadinya better saya ambil resipi asalnya dari k.ina.. hiii.. best sgt maqlubah ni..hubby pun suka!




Bahan-bahan.
3 gelas beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar .
1 bunga kobis (zahri).
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air

Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih (fil fil aswad)
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)

#kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.

Cara-cara.

1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.

Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.

Panaskan minyak.

Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.
(maaflah...ayat tak berapa menarik )


Sementara itu...
1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.)

Masak di atas api sederhana atau di dalam oven.

Selamat mencuba maqlubah.

Moussaka atau musakhan

Moussaka atau musakhan
(sumber: K.Ina sweileh)



4 keping khubuz taboon (roti pita yang bersaiz besar)
2 kilo basal (bawang besar)
1 cawan summak (serbuk buah delima)
1 cawan zait zaitun (minyak zaitun)
1 cawan roasted lus (almond)
1 cawan roasted pine nut
sedikit milah (garam)




Bawang besar dipotong dadu.
Letakkan diatas setiap khubus.
Tabur serbuk summak.
Lumur minyak zaitun yang telah dicampur sedikit garam.
Taburkan lus dan pine nut.
Bakar didalam oven.

Angkat moussaka.

Letak ayam masywi yang telah dilumur dengan summak.
Bakar sekejap didalam oven.

Hidangkan.

:: MEE GORENG SWEILEH ::

salam..
saja kali ini b uatkan namanya mee goreng sweileh.. sebabnya saya tak guna mee kuning cam malaysialah.. guna spagetti je.. tu yg ada boleh dibuat gantikan mee.. ;)

mee goreng dimakan bersama begedil daging dan timun


Bahan-Bahan:
- satu bungkus spaghetti direbus dan ditoskan
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 4 biji bawang putih dipotong dadu
- setengah paket daging hancur (mafrum)
- sedikit daging lancheon baqar (mortadella) di potong dadu
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu besar tomato puree
- 1 sudu cili kering
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu besar kicap pekat
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air
- sedikit daun sup @ ketumbar buat hiasan

Cara-Cara:
- tumis bawang2 dulu
- masukkan daging mafrum
- masukkan daging mortadella (lancheon baqar)
- masukkan cili kering, tomato puree, kicap, sos cili dan sos tomato
- masukkan sikit air bagi daging masak
- masukkan pula spagetti
- gaul rata
- panaskan sebentar dengan api perlahan
- taburkan daun sup atau ketumbar
- siap
- boleh makan bersama begedil daging dan hirisan timun :)

:: BEGEDIL DAGING ::

Begedil daging ni ringkas dan mudah je. mari kita cuba!

gambar hiasan


Bahan-Bahan:
- satu bungkus daging hancur digoreng tanpa minyak sebentar
- 1 biji ubi kentang direbus dan lecek
- garam secukup rasa (1 sudu kecil)
- sedikit perasa makanan (kalu suka)
- 1 biji telur dikacau
- sedikit daun ketumbar dihiris halus

Cara-Cara:
- satukan ubi kentang yg dah dilecek bersama daging hancur
- gaulkan
- masukkan garam dan serbuk perasa (jgn terlebih nnt masin lak ;)
- masukkan daun ketumbar
- gaul rata
- ambil segenggam darinya then buat bentuk seperti kuih kasturi
- celupkan dalam telur tadi then goreng
- siap!

Thursday, May 14, 2009

:: SUP SAYUR SPECIAL UMMI ::

Salam Sinar ceria semua..

hari ni nak kongsi masakan sayur pula.. sup sayur special gitu.. penuh zat vitamin dan protein! makanan berkhasiat! insyaAllah...



bahan-bahan:
- 3 biji bawang putih ditumbuk
- 1 biji bawang besar dihiris
- kayu manis (belah 2 kalau panjangnya size biasa)
- 1 s/k serbuk lada hitam
- sedikit sayur brokoli putih (zahrah) dipotong sederhana
- sedikit lobak dipotong bulat2
- 1@2 ketul ubi kentang dipotong sederhana besar (tgk size kentang) sini besar2
- 1 biji tomato di belah 6@4
- 3 biji telur ayam (ikut suka nak brp)
- beberapa ketul daging mortadella dipotong dadu
- sedikit daun sup atau daun ketumbar penambah rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- garam dan gula secukup rasa
- air

Cara-cara:

- tumiskan bawang putih bersama serbuk lada hitam dan kayu manis
- masukkan air dan daging mortadella
- masukkan pula bawang besar, bersama lobak dan kentang
- separuh masak, masukkan zahrah
- masukkan garam dan gula secukup rasa (gula tu sikit sgt je)
- kecilkan api, pecahkan telur satu persatu
- biarkan hingga mendidih
- then masukkan tomato dan daun sup atau ketumbar, tutup api.
- siap!! :)

Tuesday, May 12, 2009

:: AYAM MASAK KICAP SINGAPURA ::

salam..

resipi ni diminta oleh mama hanin selepas saya ada bagitahunya saya pernah buat ayam kicap singapura.. saya belajar pun dari laman myresipi.com :) adalah sikit ubah2 ikut selera.. beza sikitlah dengan ayam masak kicap biasa.. masa saya buat, kuahnya agak pekat, tapi kalau resipi asal dr wifemuda@myresipi.com, kuahnya cair sikit.. sebab saya kurangkan air kot dan ayam pulak tak digoreng ;) hiii

gambar hiasan je.. yg buat sendiri tak sempat snap ;)


Bahan- bahan:

  • 1/2 ekor ayam ( dipotong 8, dibersihkan dan digoreng )
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 5 biji bawang merah ( dikisar )
  • 3 biji bawang putih ( dikisar )
  • 1 inci halia ( dikisar )
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato sederhana besar ( dikisar )
  • 3 sudu cili kering yg dikisar ( ikut suka klu nak pedas )
  • minyak untuk menumis
  • sedikit garamdan gula penambah rasa
  • sedikit air

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar kecuali tomato. biar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan tomato, ayam dan lada sulah.Kacau dan biar beberapa minit.
  3. Masukkan sedikit air, kicap dan sos. Kacau sebati.
  4. Masukkan garam secukupnya dan biar ayam empuk....
  5. Selepas itu bolehlah dihidangkan......
  6. selamat mencuba..

:: SUP AYAM UMMI ::

Masakan sup sudah menjadi masakan favourite saya.. termasuklah anakanda dan suami saya.. bukan saja mudah dan ringkas, malah salah satu makanan kesihatan!
asalnya, resipi ni saya belajar dari mak saya ms muda2 dulu..hihi.. tanpa guna rempah sup dah.! tp adalah sikit saya ubah2 ikut selera sendiri.. lps pengalaman kerja bersama abg ipar di kedai makannya.. ;)




Bahan-Bahan:
- setengah ekor ayam dipotong 12
- 2 biji bawang besar dipotong bulat2
- 4 biji bawang putih di tumbuk kasar
- 3 inci halia dibelah 2
- satu sudu kecil serbuk lada hitam
- rempah 4 sekawan
- lobakdipotong bulat2 atau kentang dipotong 4 (optional nk byk mana)
- sedikit minyak untuk menumis
- separuh lemon
- garam dan gula secukup rasa
- air secukupnya
- daun sup


Cara-cara:
- tumiskan bawang putih bersama rempah 4 sekawan dan serbuk lada hitam
- dh naik bau, masukkan air dan halia
- then masukkan ayam
- pastu masukkan kentang@lobak dan bawang besar td
- masukkan garam gula
- perahkn air lemon
- akhir sekali bila dah empuk, masukkan daun sup
- tutup api, siap!!
- makan dengan sambal kicap! sodappp :D

:: AYAM MASAK KARI SIMPLE ::

salam sinar ceria semua..

jom masak kari ayam simple, tanpa guna santan dan daun kari.

gambar hiasan

Bahan-Bahan:
- setengah ekor ayam dipotong 8
- 1 biji Bawang besar
- 4 biji bawang putih
- 3 inci halia
- rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga)
- 4 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar tomato puree
- sayur: samada terung atau kentang atau bendi (ikut suka)
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis


cara-cara:
- potong dadu bawang-bawang, dan halia dibelah dua
- panaskan minyak dalam periuk
- masukkan bawang2, halia, rempah 4 sekawan
- masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh air
- naik bau, masukkan tomato puree dan sedikit air..
- actually kalu nak pedas, masukkan sikit cili kering yg dah diblend
- masukkan ayam dan air selebihnya
- masukkan sayur (optional)
- perasakan dengan garam dan gula
- siap!!

:: SAMBAL ASAM JAWA ::

Assalamu'alaikum wrt..

nak buat sambal lak..nak cicah dengan ikan makarel bakar..yum3x...



bahan-bahan:
- 1 biji cili merah dikisar kering/ditumbuk
- 3 biji cili hijau dikisar kering/ditumbuk
- satu mangkuk kecil air asam jawa
- separuh/1 biji tomato dipotong dadu
- separuh bawang besar dipotong dadu
- satu dudu kecil garam
- 2 sudu gula

cara-cara:
- blend atau tumbuk semua cili (jgn lumat sangat)
- masukkan ke dalam bekas bersama air asam jawa, bawang, tomato
- masukkan garam dan gula
- siap!!

Sunday, May 10, 2009

:: MUJADDARA ::

Mujaddara.. makanan berkhasiat dan ringkas! amat sesuai bagi anak-anak makan!
resipi ni di ajar daripada K.Ina Sweileh ketika datang bertandang ke rumahnya suatu tika dahulu.. :)


Bahan-bahan:
- 3 cawan nasi
- 4 biji Bawang Putih di tumbuk
- 3 inci halia di tumbuk
- satu sudu kecil jintan manis dan Jintan Putih di tumbuk
- sedikit minyak dan sedikit marjerin@samnah
- 2 cawan kacang dal dibasuh dan direndam terlebih dahulu
- satu sudu serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- air secukupnya



Cara-Cara:

-tumis bawang putih,halia,jintan manis&putih (sume tumbuk halus) dgn minyak @ marjerin.
-then masukkan kacang dal yg telah direndam@direbus dan kunyit sikit, garam secukup rasa.
-masukkan beras, goreng sebentar
-last sekali masukkan air tanak seperti biasa.
-ringkas kan?
-selamat mencuba!

Saturday, May 9, 2009

:: MANSAF ::

salam bahagia semua..

kali ini saya masukkan pula resipi salah satu masakan tradisional arab jordan iaitu Mansaf. memang favourite kebanyakan kami di sini.. :) resipi ni saya ambil dari blog
mama hanin

..terima kasih mama!! :) arini saya dah cuba buat alhamdulillah.. walaupun buat godek2 ikut sendiri punya style...haha.. hubby kata delicious!! ha, oklah tu.. hehe..



Bahan-bahan:

1 kilo daging
1 kilo beras Mesir atau beras Amerika (bulat2 pendek, mcm beras Sushi)
1 sudu baharat mansaf (rempah mansaf)
5 helai daun ghar (warakah ghar) untuk menghilangkan bau daging kambing
500ml yoghurt fresh atau laban baladiah
1 ketul jameed (yogurt yang dikeringkan dan dikeraskan)
sedikt kunyit
sedikit garam
4 sudu samnah (ghee)
chopped parsley
roasted pine nuts dan almonds


Cara-cara:
1. rebus daging bersama daun ghar dan rempah mansaf sehingga daging separuh empuk, kemudian keluarkan daun ghar, biarkan daging bersama air rebusan.(air rebusan jangan terlalu banyak)
2. sementara itu, hancurkan jameed dgn cara meramaskan jameed dgn air suam, kemudian masukkan jameed yang telah hancur ke dalam blender bersama fresh yogurt. blend sehingga hancur. kemudian tapiskan mixture ni.
3. masukkan yogurt yang telah di blend dan ditapis tadi ke dalam daging tadi bersama sedikit kunyit untuk pewarna. kacau sehingga daging masak. perhatian: sentiasa kacau untuk elak pecah yogurt haha..bukan pecah santan ye...
siaplah kuah...
4. untuk memasak nasi, rendamkan beras bersama sedikit kunyit selama setengah jam. kemudian tapiskan beras, dan tumis bersama ghee (samnah), setelah rata masukkan air, sukatan air utk beras ini, 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air.masukkan sedikit garam dan kunyit.

setelah semuanya masak,cara untuk menghidangkanya, susun roti pita/ roti syawarma(tak tau nama roti dia) di atas pinggan atau dulang, kemudian letakkan nasi dia atas pinggan / dulang, taburkan daun parsley dan roasted pine nuts dan almonds diatas nasi, susun daging kambing yang telah di masak. dan tuangkan kuah mansaf, siap!

selamat mencuba dan selamat jamu selera..

* saya gunakan jameed teeba dan plain yogurt teeba je..senang dan cepat! kacang lak saya gunakan fustaq (kcg tanah) je sbb terlupa bli smlm dan kat rumah dah ada banyak kacang tanah..guna jelah.. ;)*

IKAN TILAPIA MASAK ASAM REBUS ::

Assalamu'alaikum wrt...

Hari ini saya nak berkongsi pula masakan yang sesuai untuk orang dalam berpantang. Actually hari ini saya buatkan untuk kawan saya, Shila di sini yang sedang berpantang selepas melahirkan anak perempuan pertamanya kelmarin :)

Masa saya berpantang setahun lebih yang lepas di sini juga tanpa keluarga terdekat, saya masak masakan inilah.. :D



Bahan-bahan:
- 2 ekor Ikan Tilapia dibuang sisiknya
- 1 biji Bawang besar dihiris
- 4 biji bawang putih dihiris
- 3 inci halia dihiris
- 1 biji cili merah dibelah dua dan dihiris memanjang(optional)
- satu mangkuk kecil air asam jawa
- 1 biji tomato dihiris 6@4
- sayur sawi cina
- zahrah (brokoli putih, apa namanya?ms nk tulis nilah tak ingat.huhu)
- 2 biji lobak dihiris bulat2
- gula dan garam secukup rasa
- air

Cara-Cara:
- Masukkan kesemua bawang2,halia dan lobak ke dalam kuali@periuk bersama air
- dah mendidih, masukkan pula ikan, air asam jawa, garam dan gula
- then masukkan pula zahrah
- dah mendidih, masukkan sawi dan tomato dan cili merah tadi. biarkan hingga mendidih dan kesemua bhn masak.
- siap. as simple as that! :)

:: IKAN MAKAREL MASAK SINGGANG KERING::

Ok, yang ni pula Ikan makarel masak singgang kering. Actually kalau di malaysia kita guna ikan tongkol, tapi di sini cume ada jual ikan makarel. mujammad lak tu. xpelah..sekurang2nya masih ada ikan untuk hilangkan rasa rindu 'ikan segar' di Tanah Air.. ;)
Khas buat kawan yang sedang berpantang :)


Bahan-Bahan:
- seekor ikan makarel yg siap dipotong 4
- 1 biji Bawang besar dihiris
- 4 biji bawang putih dihiris
- 3 inci halia dihiris kecil nipis
- satu mangkuk kecil air asam jawa
- 2 sudu serbuk kunyit
- 1 batang serai dititik
- 2 cawan air
- garam dan gula secukup rasa
- 2 inci lengkuas (kalu ada bawalah dr Malaysia, sini xde jual)
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara:

- panaskan minyak untuk menumis bawang2, halia, lengkuas, serai dan serbuk kunyit
- hingga naik bau
- masukkan ikan makarel
- masukkan air, garam dan gula
- masak hingga kuah agak kering dan ikan cukup masak (tambah sikit air kalu ikan x cukup masak)
- ok, siap! simple.

*p/s: kat perantauan ni, gunalah bahan apa yang ada je..huhu..asal dapat rasa juga masakan melayu kita.. hihii.. kena kreatif kan? ;)

Friday, May 8, 2009

:: AYAM MASAK MERAH ::

Assalamu'alaikum wrt...

Ayam Masak Merah salah satu favourite saya juga.. :)

gambar hiasan


Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam di potong 8
- Bawang Merah dikisar
- Bawang putih dikisar
- Halia dikisar
- 1 batang kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji cengkih
- satu cawan santan (optional)
- 4 sudu besar cili kering dikisar (blh kurgkan kalu x mkn pedas)
- 2 sudu besar sos tomato atau tomato puree
- 2 sudu besar sos cili
- 2 keping asam keping
- Gula dan Garam secukup rasa

Cara-Cara:
- goreng ayam terlebih dahulu
- dalam kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar
- masukkan sos tomato dan sos cili
- masukkan kayu manis, lawang dan cengkih
- tumis hingga naik minyak
- Masukkan Ayam
- Masukkan santan (optional, kalu x masukkan air je)- kalu nk kurgkan lemak
- masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa
- masak hingga ayam empuk
- siap!

p/s: saya suka masukkan bawang besar yg dihiris-hiris sekali.. dan kalian boleh masukkan juga kacang hijau dlm masakan ni.

Thursday, May 7, 2009

:: AYAM MASAK UNGKEP ::

assalamu'alaikum wrt...

Resipi Ayam kali hari ini adalah masak UNGKEP. Actually resipi asalnya bahan-bahan ditumbuk kasar, tapi maklum kat sini saya tak jumpa penumbuk batu, xde dijual pun (depa orang arab tak guna ;) ). jadi ada lain sikitlah yang saya buat ni.. semuanya saya blend halus sikit.

Bahan-bahan:
- Ayam separuh ekor dikerat sederhana kecil
- 2 Bawang besar dikisar
- 5 Bawang Putih dikisar
- 3 inci halia dikisar
- Jintas manis dan Jintan Putih dikisar
- 2 batang serai dititik
- 2 sudu serbuk kunyit
- 2 asam keping
- satu sudu cili kering @ 2 biji cili merah dikisar (blh tambah nak pedas)
- Garam dan Gula secukup rasa
- air

Cara-Cara:
- Panaskan minyak dalam periuk
- tumiskan semua bahan yang diblend tadi bersama serbuk kunyit, jintan hingga naik bau
- masukkan serai, asam keping dan ayam
- masukkan air sedikit jgn bayak sangat agak-agak nak bg empuk ayam
- Perasakan dengan gula dan garam
- masak hingga agak kering airnya dan kuah pekat.
- siap!
- mudah kan? :)

Wednesday, May 6, 2009

:: DAGING MASAK HITAM MANIS ::

salam..

belajar resipi ni dari bonda tersayang.. kalau hari raya selalu mak akan buat. sebab anak-anaknya suka makan dengan nasi impit! Pada hari raya lepas, ketika pulang bercuti ke malaysia, sempat saya mengetuai program masak-masak untuk jamuan raya di rumah keluarga kami.. :)



Bahan-bahan:
- sekilo daging lembu dipotong nipis dan sederhana kecil
- bawang besar dikisar
- bawang putih dikisar
- halia dikisar
- serbuk jintan manis dan jintan putih
- serbuk ketumbar
- rempah 4 sekawan
- kicap pekat
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- cili kering dikisar

Cara-Cara:
- rebus daging terlebih dahulu agar cepat empuk
- panaskan minyak dalam kuali
- Tumiskan bawang2, halia, cili kering dan 4 rempah sekawan
- dah naik bau, masukkan daging tadi
- masukkan kicap pekat pula
- then masukkan air rebusan daging tadi
- perasakan dengan gula dan garam. gula agak lebih sikit sebab masakan ni ada manis sikit, tp jgn terlebih pula.. ;)
- masak hingga nampak kering sikit airnya dan pekat.
- dah siap

ringkas, kan? :)

:: MUHALLABIA SPECIAL ::

Assalamu'alaikum wrt...

Dessert kali ini menggunakan puding arab.. namanya Muhallabia (ada dijual di TolKareem, sweileh), serbuk ready to cook. saya beli yang jenamanya Foster Clark.



Bahan-Bahan:
- 2 bungkus kecil Muhallabia
- 4 cawan susu cair
- beberapa biji strawberry dipotong nipis2
- kek coklat lapis swiss roll (yg lbh kurglah x ingat jenama)
- Gula 2 sudu (nk manis tambah lagi)

Cara-cara:
- masak Muhallabia bersama susu cair dan gula tadi
- masak dengan api yg perlahan macam masak kastard biasa tu
- sampai dah likat. tutup api.
- di dalam bekas plastik atau kaca susunkan kek swiss roll tadi
- then letakkan pula muhallabia tadi atasnya.ratakan.
- akhir sekali susunkan hirisan buah strawberry tadi..
- dah siap. simpan dalam peti sejuk. blh makan.

p/s: muhallabia tu blh je ganti kastad biasa cam di malaysia kita buat tu, warna kuning.. jadi cam dessert biasa orang selalu buatlah.. :)

:: PES TOMYAM ::

Salam..
yang ni pula nak sampaikan cara buat pes tomyam..kahs buat sahabat-sahabatku yg di perantauan ni lah.. maklum, tiada dijual yg sesedap sebagaimana di jual di Tanah Air ;) saya memang amat gemar masakan Tom Yam ni.. so, nak simpanlah dalam simpanan sendiri. senang-senang nanti boleh refer bila-bila... ;)

saya ambil koleksi ni dari laman masakan peribadi.


Bahan-bahan:
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Tuesday, May 5, 2009

:: AGAR - AGAR ROTI ::

Assalamu'alaikum wrt..

Kali ini nak kongsi buat dessert pulak..namanya Agar-Agar Roti yang saya ambil dari resipi Hana (myresipi.com)..cume ada sedikit perbezaannya di mana hana menggunakan susu cair dan susu pekat manis dan serbuk agar2 biasa.. tapi saya disebabkan di sini tiada dijual susu pekat dan serbuk agar2 biasa (tiada berperisa), saya hanya gunakan susu cair dan serbuk agar2 perisa strawberry (faraulah).. Actually nak abiskan stok lama jelly strawberry tu..kang expired, dah rugi kan..x dpt guna.. membazir. :)


Bahan-Bahan:
- 1 paket serbuk agar2 strawberry
- 2 cawan air
- 1 setengah keping roti wholemeal (yg warna coklat tu, bulat)-roti apa2 pn blh jg ;)
- satu tin susu cair (tin sederhana)-175 ml rasanya
- 2 senduk gula
- satu biji telur
- 1/4 ketul butter

cara-cara:
- blend roti, susu cair, gula, telur dan butter hingga sebati hancur
- atas periuk, panaskan air dan masukkan agar serbuk tadi
- dah sebati, masukkan semua yang diblend tadi..kacau rata
- api perlahan, dah mendidih, tutup api
- bolehlah masukkan dalam bekas.sejukkan. blh mkn dah!
- selamat mencuba!! :)

:: SAMBAL BELACAN ::

Assalamu'alaikum wrt..

just nak berkongsi buat sambal belacan..my favourite ni.. off course favourite most of other people jugalah kan..hii
gambar hiasan saja, xde gambar simpanan sendiri ;)


Bahan-bahan:
- 4 biji Cili merah dipotong kecil
- 4 biji Cili Hijau dipotong kecil
- separuh biji lemon
- satu biji bawang besar dimayang dan digoreng
- sedikit belacan dibakar atau digoreng
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit air masak

cara-cara:
- Blend cili merah, cili hijau, belacan, air lemon, air masak, bawang, gula dan garam (semuanyalah!) hii
- ok, siap! buat cicah ikan @ ayam bakar, ulam-ulaman,nasi putih etc.. best... :D

Monday, May 4, 2009

:: MEE BANDUNG SPECIAL SWEILEH ::

Salam 'alaik abadan..

ha, yang ni pula resipi yang saya godek2 sendiri lagi hasil dari pencarian di internet dan juga tambahan pengalaman bekerja di kedai makan abg ipar ketika di Malaysia dulu..
Namanya MEE BANDUNG SPECIAL SWEILEH. Dah lama nak masukkan resipi ni lepas K.pah dan K.Ina minta masukkan..tapi asyik tak berkesempatan.. :) bahan2 seperti biasa untuk satu keluarga makan 5 org gitu..

gambar sekadar hiasan..gambar masakan sendiri tak sempat nak snap! haha


Bahan-Bahan:
- Spagetti (direbus dan Ditoskan)
- 4 ketul ayam dipotong kecil2
- 3 Bawang besar dikisar
- 6 bawang putih dikisar
- udang kering semangkuk kecil di kisar (optional kalu xde, xpe jg sbb kt cni xde kan..sy bw dr Malaysia..kalu ada lg best!!
- 4 biji ubi kentang@ 2 biji keledek direbus dan dikisar halus
- 2 sudu cili kering (boleh tambah kalau nak pedas)
- satu mangkuk sederhana kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar
- 5 biji telur
- air (agak2lah kadarnya)
- sayur sawi cina (kt sini xde cam sawi di Malaysia)
- garam dan gula secukup rasa
-cili merah dan lemon utk hiasan

Cara-Cara:
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk
- Masukkan bawang besar dan bawang putih dan goreng hingga naik bau
- Masukkan pula cili kering tadi hingga masak
- Masukkan ayam tadi bersama udang kering
- Bila dah hampir masak, Masukkan pula air then masukkan juga kentang@keledek tadi..
- pastu masukkan kacang tanah tadi
- bila dah mendidih, pecahkan telur satu persatu dengan api yang perlahan
- dah masak, masukkan pula sawi, garam dan gula secukup rasa
- ok, dah siap.
- makanlah dengan spagetti dan cili merah bersama perahan lemon.. yum2x...

*guna spagetti sebab kat sini xde jual mee kuning..hehe..biasalah hidup merantau..*

:: AYAM MASAK LEMAK CILI API SWEILEH ::

Namanya ayam masak lemak cili api sweileh sebabnya resipinya dah sedikit berubah dari idea asal kak ngah saya (actually dari belah suaminya, org Kuala Pilah). Biasalah bila dah duduk sini, banyak masakan terpaksa digodek sendiri sementelah barang2 yang diperlukan tiada terdapat di bumi Amman ni.. ;)

Jadi, saya sukalah buat ikut selera saya.. erm, sesiapa yang nak try, ahleen.. kot2 tepati citarasa..?

Bahan-bahan:

-Ayam (setengah ekor)
-cili api merah@hijau (saya campurkan sbb nak bg warna lain sikit)
-santan ( agak2 balance dgn ayam)
-kacang panjang (saya guna yg frozen sbb ada yg ni je kat sini)
-beberapa biji buah karaz (ceri muda)
- 2 btg serai dititik
- satu sudu kecil serbuk kunyit
-garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

- Ayam dipotong sederhana
- cili api diblend halus atau ditumbuk
-buah karaz dibuang biji dan dibelah 2
-masukkan cili api bersama santan dan serai dalam periuk dan masak
-bila dah mendidih, masukkan ayam tadi hingga agak2 dah nak masak dagingnya
-then masukkan pula serbuk kunyit dan kacang panjang tadi bersama buah karaz
-masukkan garam dan gula secukup rasa
-dah ok rasanya, tutup api
-ok, dah siap pun, boleh dihidang bersama sambal belacan etc.. hiii

Sunday, May 3, 2009

:: KERABU SOSEJ IKAN BILIS UMMI ::


Alhamdulillah...
Hari ini saya buat masakan paling simple sekali! mana taknya ianya bukan saja dijamah sebagai lauk, malah merangkap sayur juga.. sebabnya terasa nak makan berlaukkan ikan bilis lak.. dah hampir tiap hari duk makan ayam saje.. saya pun buka kabinet dapur mencari ikan bilis yang kami bawa dari Malaysia ketika pulang bercuti tempoh hari..

actually, saya dapat idea dari laman myresipi.com, kerabu tomato rasa namanya..x sure..hihii.. tapi saya godek-godek tukar selera sendiri maka jadilah kerabu Sosej ikan Bilis.. Jom, Meh cuba! mudah saja.

Bahan-Bahan:
- 4 biji tomato dibelah dadu besar
- ikan bilis satu genggam digoreng terlebih dahulu
- 4 potong sosej di belah kecil-kecil
- 1 biji bawang besar di mayang halus
- 2 biji bawang putih
- 2 biji cili merah @ cili hijau dihiris
- minyak untuk menggoreng dan menumis
- garam secukup rasa
- sedikit perahan lemon

Cara-caranya:
- panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis
- masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah @ hijau. goreng hingga naik bau
- then, masukkan pula sosej tadi..
- masukkan pula ikan bilis tadi
- bila dah agak-agak masak sosejnya. masukkan tomato tadi bersama daun ketumbar. perasakan bersama garam dan perahan lemon tadi secukup rasa.
- ok, dah siap pun.. ringkas kan?

selamat mencuba! :)

:: KEK CHOCOLATE BROWNIES ::

*Gambarnya takde..ni saya minta dari seorang teman di Malaysia..slmt mencuba! *

BAHAN2:

280gm mentega
200gm gula halus
5 biji telur gred A ( besar)
280gm tepung gandom
40gm serbuk koko
¼ sudu sodium bikarbonat
1 ¾ sudu serbuk penaik
¼ sudu Nescafe (dibancuh dgn sikit air)
100gm coklat masak (dicairkan)
¾ cwn air sejuk
200gm walnut di cincang kasar

CARA2:

1. Pukul butter + gula = hingga kembang
2. Masuk telur satu persatu
3. + tepung gandom + serbok koko + sodium bikarbonat + serbok penaik (sikit demi sedikit)
4. + Nescafe + coklat masak + air sejuk + walnut
5. Masak = suhu 180darjah / 45 minit

Topping

Milo + Susu pekat – kacau hingga sebati n cair… tuang atas kek

:: RESEPI SATE BONDA ::

Ni khususnya buat kak Ina dan Ara yang inginkan saya menulis resipi sate dan kuah Kacang tempoh hari...(Resipi ni khas dari mak saya yang mana beliau pernah menjalankan bisnes sate semasa saya darjah lagi)





Sate( Perap)
(bergantung pada kuantiti ayam @ daging)

-Bawang Besar
-Serai
-Serbuk Kunyit (lebih biar cantik warnanya)
-Halia
-Lengkuas
-Jintas manis
-Jintas Putih
-Serbuk Ketumbar
-Garam 9sikit je)
-Gula (lebih biar rasa manis sikit)
* Semua bahan2 di atas hendaklah dikisar halus ye* hiiii
* then rahsianya kalu boleh jintan2 dan ketumba tadi disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus*
Then peraplah semalaman... cucuk pada lidi, bakar..makan nyum3x!! heh






Kuah Kacang:
-Kacang Tanah di goreng bersama kulit2nya dengan minyak.
-Then Blend kacang tadi bersama kulit2nya dengan blend basah..(blend bersama air)
-ok, then masukkan dlm periuk dan di rebus terlebih dahulu (air lebih pun xpe sebab nnti kalu kurang air akan jadi kerak kacangnya nnti hangit lak..gerseng org jawa kata;)- sampai kembang kacangnya ye.

-ok, di periuk yang lain, masukkan minyak masak
-then masukkan seinci kayu manis, tumis jap
-masukkan bahan2 tumis:
Bawang Besar
Bawang Putih
Serai
secamca Jintan Manis
secamca jintan putih (sikit je)
Ikan Bilis sepiring (blend mentah)

-tumis sampai naik minyak dan naik baunya
-Then masukkan Cili Kering kisar dan tumis lagi sampai kering dan nampak merahnya
-masukkan gula merah, gula halus dan secukup rasa garam. biar manis lebih sikit
-pastu masukkanlah sikit asam jawa secukup rasa..
-kalu nak sedap lagi bubuh sikit buah keras klu ada...

ok, dah complete masukkan bahan2 tumis ni ke dalam periuk kacang yang dah direbus tadi... adjust2 sikit rasanya..dah ok, nyum3x cecah dgn sate dan nasi impit!! hheeee

thank you very much mak for the recipes... first time tau anak mak ni try sendiri buat..huhuu..alhamdulillah jadi juga... kalu tak malu dengan diorang nih..;p



****************************






:: SIMPLE CHEESE CAKE ::

" Resipi yang akanku cuba buat hari ini...InsyaAllah... nampak mudah dan barang2nya pun x susah nak sediakan.. jom cuba kawan-kawan!!"-ummu uwais



oleh:Biduri@myresipi.com

Bahan-bahan ( 18 cm )

* 250g cream cheese
* 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
* 2 sudu besar jus lemon
* 3 sudu besar tepung gandum
* 2 biji telur
* 90g gula

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

:: DAGING GORENG SIMPLE UMMI ::

just simple cooking... yg ringkas dan cepat dimasak... saya pun tak tau nak namakan masakan saya ni ape.. erm..apakata namakannya Daging Goreng Simple Ummi..hiii

tp saya gorengkan daging yg dipotong kecil bersama ketulan kecil ayam sedikit bersama bawang besar dan bawang putih dan kentang yang dipotong kiub..tambah halia hiris sikit..pastu saya masukkan sikit serbuk kunyit, sos tiram, lada hitam sikit, garam secukup rasa dan gula penambah perisa.. oh ya, saya ada tambah kayu manis sikit, bunga lawang, dan perahan lemon jus sikit..sebab apa..nak stable kan dengan ayam dan daging..(coz kt cni asyik makan ayam atau daging je, ikan susah nak jumpa, yg ada pun mujammad,beku)..


nilah rupanya...oh ya, saya terlupa..saya ada letakkan sekali lada hijau hiris..pedas sikit br best!!!

:: KERABU BROKOLI CAMPUR UMMI::

import dari: http://uwaisamzar.blogspot.com/

resipi ni lagi mudah... dan saya dapat ilham ni dari resipi asal bonda saya sendiri... Tp Allah yang sesungguhnya yang memberi ilham ini..;)

Bahan2:
Sayur:
Brokoli hijau
brokoli putih (zahrah)
kacang buncis di potong dua
lobak di potong panjang2

bahan campur:
bawang besar dipotong halus
ikan bilis
udang kering
sedikit belacan
secubit garam

cara2nya:
rebus dengan garam dan bawang putih sayur2an tadi jgn sampi layu kang hilang zatnya..

then toskan..

then gorengkan bahan2 campur td kesemuanya...then blend halus

lastly, korang gaul2kanlah dengan sayur2an tadi..masukkan sikitgaram secukup rasa..siap.!!!


inilah KERABU BROKOLI CAMPUR saya!!

selamat mencuba!!!

:: SERI MUKA ::

semalam testing pertama kalinya membuat kuih seri muka...bak kata kak ina wajhun jamil dalam arab languagenya..kihkihhh...

alhamdulillah jadi, dah jadi dah..cuma pulutnya dilapisan bawah agak lembik sikit...terlebih air barangkali..maklum...saya ummi baru belajar wat kuih muih..hihiii..
terima kasih kak ina sebab bagi pada saya sikit beras pulut...dapat jugalah saya rasa kuih ni..huhuuu...kat cni xde beras pulut..!!

tapi atas kekretifan sendiri yang dikurniakan, saya guna cara sendiri untuk mengukusnya..saya xde periuk kukus..uhuhuu..rahsianya...??? hihii.takyahlah cite kt cni...;)

bahan2:
lapisan bawah:

2 1/2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan
air & garam secukup rasa

lapisan atas:
5 biji telur
1 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
sedikit air pandan @ pewarna hijau&perasa pandan (sini xde daun pandan)

cara2nya:
lapisan bawah:
cuci pulut terlebih dahulu.then rendam slama 3jam.
tapis. gaulkan dgn santan hingga rata
kacau atas api hingga pekat.tuangkan dalam loyang,kukus hingga masak.

lapisan atas:
bancuh kesemua bahan,gaul hingga rata.masak ats api hingga pekat
setelah masak, tuangkan ke atas pulut yg td tu.kukus sebentar
biarkan sejuk dulu sblm dihidangkan.


inilah seri muka yg saya buat @ nama arabnya wajhun jamil..(idea kak ina)

:: LAKSA JOHOR-JORDAN ::


gambar hiasan


mari membuat laksa johor..simple dan ringkas... x perlu bahan2 yang remeh dan susah nak jumpa.. ini khususnya buat teman2 di Jordan/perantauan yang teringin nak makan laksa johor..eheh.. resepi ni saya ambil dari resepi artis veteran Rubiah Suparman dan Komposer Habsah Hassan untuk restoran mereka...
*saya ubah-ubah sikit ikut selera sendiri untuk kuantiti bahan2nya...

Bahan-Bahan:
1/2 kg ikan (apa2 ikan tp plg best ikan parang)
2 ulas Bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
3 inci halia (kisar)
sedikit lengkuas (kisar) *ni kalu xde, x yah bubuh pn xpe,kalu ada lg best!!*
1 peket kecil kari ikan
500grm santan *kalu sy guna sikit je sbb nk jimat santan..hihii*
belacan sikit(kisar)
2 sudu udang kering(kisar)
2 sudu kerisik *kalu xde, xyahlh bubuh,ok je kot lg..hihii*
spagetti untuk laksanya...

cara-cara:
ikan di rebus di buang tulang dan dikisar halus
tumis bhn2 kisar td hingga naik bau
then masukkan kari ikan tadi sampai naik baunya..
pastu bubuh santan bersama isi ikan tadi
kacau sampi pekat
bubahlah air sikit jgn byk sgt..nnti cair x sedap
bubuhlah asam dan garam secukup rasa...
bubuh gula sikit bg rasa enak2 gitu...sikit je
pastu baru bubuh kerisik...
dah blh dihidangkan...!!!

ulam2:
bawang besar racik halus
timun racik halus
sambal belacan!!!baru cukup lengkap!!!hehee..

ok, jom kita cuba!!!!:)
...ada tempahan ke..?? mashi...heheeeh

:: PUDING ROTI KELEDEK BERCHEESE UMMI ::

Ni saja nak berkongsi resipi simple saya cipta sendiri... godek-godek je dari resipi asal yang saya selalu buat.. ;)




Bahan2:
- Kepingan Roti
- Susu cair 1 tin@susu tepung cairkan
- 1 biji Telur
- 6 sudu makan Gula (nak manis lagi blh lebihkan)
- sedikit marjerin (sapu pada loyang)
- Keledek sikit (rebus seketika)
- Cheese ceddar (potong-potong nipis)

Cara2nya:
- mula-mula blend atau mix telur dan gula hingga kembang sebati
- masukkan susu tadi
- sementara loyang tadi sapukan dengan marjerin (setelah dipanaskan seketika dalam oven)
- susunkan roti-roti tadi dalam loyang tersebut
- then letakkan pula kepingan keledek tadi atas roti tadi
- then tuangkan susu, telur. gula yg di blend tadi dalam loyang tadi
- akhir sekali letakkan pula cheese tadi atasnya..tutup semua permukaan.
- bakar dalam oven dengan suhu 170 selama kira-kira 35-45minit atau sehingga masak.. siap!!

Tada... nilah Puding Roti Keledek Bercheese saya!



Love Cooking,

:: NASI TOMYAM UMMI ARAB STYLE ::

Assalamu'alaikum wrt..

Untuk pertama kalinya saya masukkan dahulu semua senarai resipi yang telah saya buat sebelum ni yang saya hanya petik dari blog saya yang pertama: http://uwaisamzar.blogspot.com/

senang sikitlah bila dah bukukan dalam satu buku je! eh blog..hiii

**********************************************

Pagi Tadi saya pening..tak tahu apa menu hari ini nak buat untuk my family... tub2.. Ilham datang... satu resipi simple dan mudah... saya ciptakan satu resipi baru saya kira... ;)

Saya berikan namanya Nasi TomYam Ummi Arab Style!! herm. kenapa ye? ideanya saya dapat dr cara masak maqlubah..satu resipi arab...saya ubah gunakan untuk nasi tomYam..malaysian style.. hihii

Inilah Nasinya..:)

Nasi ni saya kira sangat berkhasiat sebab tanpa guna minyak kerana asasnya adalah rebusan!

Saya suka nak berkongsi resipi baru saya ni dengan anda semua.. :)

Bahan Rebusan Ayam:
1) 5 Ketul Ayam dan 10@lebih cawan Air
2) 3 batang serai dikerat 2
3) Sebiji Bawang besar dipotong 4
4) Sebiji Carrot kecil saja
5) Daun Limau Purut
6) 2@3 sudu serbuk kunyit
7) 2 sudu serbuk ketumbar
8) satu sudu besar garam
9) 1 batang kayu manis (cinnamon)

gambar: nasi yang sedang di masak


Bahan Nasi:
1) Air rebudsan ayam
2) 3 cawan beras (dibasuh dan direndam selam 30 min lbh kurang
3) Mix Vega-sayur campur frozen (ikut suka nak banyak mana)
4) Satu peket serbuk TomYam Putih adabi
5) garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1) Basuh ayam terlebih dahulu
2) Rebus ayam bersama air, dan bahan2 rebusan tadi selama setengah jam atau agak2 masak sikit
3) Sementara itu basuh beras dan rendam selama setengah jam
4) kuarkan ayam dan bahan2 rebusan tadi ke dalam loyang
5) bakar sementara di dalam oven selama lbg kurang 30 minit bersuhu 260
6) Mula masak nasi: taburkan separuh beras ke dalam periuk.
7) letakkan pula mix fruit tadi separuh
8) letakkan ayam-ayam yg siap dibakar tadi bersama serai, bawang, carrot dan taburkan serbuk tomyam putih tadi sekali.
9) letakkan pula mix fruit dan beras yang selebihnya tadi...
10) then masukkan air rebusan tadi.. (1 cawan beras=1 1/2 cawan air), bubuh garam secukup rasa.
11) tanak seperti biasa dengan api sederhana besar (blh kalu nak tutup periuk-kecilkan apinya)
12) siap! taburkan sikit daun ketumbar..sedap sikit baunya.. arab style kan..heh

Nasi ini boleh makan bersama ulam-ulaman@acar timun tomato@sayur tomyam ataupun ikut selera andalah! ;)

alhamdulillah... anak2 pun suka! apalagi si ayahnya..heheee..

ummu_uwais81@myresipi.com

~ assalamu'alaikum wrt ~

Salam Ukhuwwah Fillah..

testing...

Mencari Sesuatu yang baru..

Jumpa lagi InsyaAllah.. :)

Popular Posts

Carrot