Subscribe:

Ads 468x60px

Saturday, August 8, 2009

:: CARA MEMBUAT TEMPE ::

TEMPE. (Sumber dari kak Noormasri)

Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif kak Noor guna oven pd suhu 20′C-30′C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.

Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30′C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, ’seal’kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30′C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.

Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 ‘C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.

:: Homamade Thai Sweet Chilli Sauce ::

Homamade Thai Sweet Chilli Sauce
Yani (myresipi.com/)

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan cuka
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula
  • 2 btg cili kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar nampla/sos ikan
  • 1 sudu kecil tepung jagung + 2 sudu kecil air

Cara-cara

  1. Masukkan cuka, air, gula, cili kering dan bawang putih ke dalam mixer. Kisar sehingga cili kering dan bawang hancur. Kemudian panaskan di atasu dapur.
  2. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung yg telah dicampur dgn air dan juga sos ikan. Masak sehingga pekat.
  3. Note: Sos yg lebih boleh disimpan dalam peti sejuk. Boleh diguna bila perlu. Kalau terlebih masak boleh tambah gula.

Popular Posts

Carrot