Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, July 18, 2012

Pulut Durian Gula Melaka


Bahan-Bahan:

- 1 biji durian (Dibelah dan diambil isinya)

- Daun Pandan (untuk pulut dan juga kuah pengat)

- Santan kotak 3 x 200ml

- 2 ketul Gula Melaka

- 3 cawan air atau secukupnya

- Secubit garam

- 1/2 kg Beras Pulut (Dibersihkan & Direndam semalaman terebih dahulu)


Cara Penyediaan:

- Tanak Beras pulut bersama 1 kotak santan dan sedikit air atau secukupnya sehingga betul2 paras beras pulut sahaja.

- Tanak dalam rice cooker seperti biasa. masukkan daun pandan sehelai dan garam secubit.

- Tengah kering tu, kacau ratakan pulut biar masak rata. biarkan betul2 kering dan masak.

- Di dalam periuk lain, panaskan air bersama gula melaka. Biar gula tersebut hancur.

- Masukkan daun pandan untuk bau wangi.

- Dah Menggelegak, masukkan 2x kotak santan 200ml tadi. perasakan secubit garam.

- Kecilkan api sederhana. kacau perlahan supaya santan tak pecah.

- Kemudian boleh masukkan ulas2 durian yg telah diasingkan tadi.

- Kecilkan api dan biar mendidih. Biar lama sedikit agar kuahnya pekat.

- Siap. Tutup api. Sedia dihidangkan bersama pulut tadi.



P/S: Mari bersama-sama kami di group Resepi dan Masak-Masak di Laman FB. Yang ada resepi tu boleh terus share kat situ.. Jom Join!



Pemanggang Ajaib!!

No comments:

Popular Posts

Carrot