Wednesday, May 2, 2012
Laksa Goreng
Lama dah nak buat laksa goreng ni.. minggu lepas baru sempat.. Guna laksa penang yang size kecil tu.
Rasanya yang lembut pada mee laksa itu, terbitkan rasa kelainan beza makan mee goreng biasa.
Saya buat simple je ni.. Takde sayur, cuma masukkan udang dan fish cake saja. Anda boleh masukkan taugeh dan daun kucai jika nak. Kebetulan stok di rumah tiada masa ni, jadi tak bubuhlah sayuran tu ;)
Ok, Jom masak!
Bahan-bahan:
- 1 paket Laksa penang (direndam bersama air panas hingga lembut)
- boleh juga direbus dahulu.
- 1 biji bawang besar (kuning)
- 4 ulas bawang putih
- Udang (dibersihkan)
- 1 paket fish cake (dipotong kecil)
- Kicap manis
- sos tiram
- sos cili
- sedikit cili boh (cili kering jika nak tambah pedas)
- taugeh dan daun kucai (optional)
- garam dan gula secukup rasa
- 2 @ lebih cawan air
- minyak untuk tumis
Cara-Cara:
- Toskan dahulu laksa tadi.
- Tumbuk lumat atau blend bawang-bawang
- Tumis dengan sedikit minyak atau secukupnya hingga naik bau (tumis sekali dgn cili kering jika mahu)
- masukkan fish cake, kacau rata.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
- Masukkan sedikit air (2 cawan)
- Masukkan pula udang tadi
- kemudian baru masukkan mee laksa tadi, gaul rata.
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya
- masukkan taugeh dan daun kucai
- bagi yang gemar goreng basah, boleh lebihkan air sedikit.
- Kacau rata dan tunggu hingga benar2 masak.
- Angkat dan hidangkan
taburkan bawang goreng dan daun ketumbar
Selamat menjamu selera! ^___^
Note: Jika ada stok sos perencah char kuey teow, menjadikan hidangan anda tak kurang lazatnya! Saya gunakan Perencah Otaku Resources. Cuba cari di Halal Mart berdekatan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
salam.. resipi ni diminta oleh mama hanin selepas saya ada bagitahunya saya pernah buat ayam kicap singapura.. saya belajar pun dari laman m...
-
Mujaddara.. makanan berkhasiat dan ringkas! amat sesuai bagi anak-anak makan! resipi ni di ajar daripada K.Ina Sweileh ketika datang bertan...
-
Ayam Rebus Halia.. saya olah2 sikit disebabkan tiada pengukus dirumah.. ;) makanan berkhasiat! insyaAllah.. org sedang berpantang bersalin p...
-
Resepi ni tanpa gunakan ikan kering dan kentang serta sohun. simple sahaja, hanya bahan asas iaitu Tempe ^____^ Bahan-Bahan: - 2 keping temp...
-
Bahan-Bahan: - 2 ekor ikan Tilapia merah (dibersihkan dan dibelah 2) - 1 biji bawnag besar kuning - 3 ulas bawang putih - 2 sudu makan cili ...
-
Moussaka atau musakhan (sumber: K.Ina sweileh ) 4 keping khubuz taboon (roti pita yang bersaiz besar) 2 kilo basal (bawang besar) 1 cawan s...
-
just simple cooking... yg ringkas dan cepat dimasak... saya pun tak tau nak namakan masakan saya ni ape.. erm..apakata namakannya Daging Gor...
-
Salam.. yang ni pula nak sampaikan cara buat pes tomyam..kahs buat sahabat-sahabatku yg di perantauan ni lah.. maklum, tiada dijual yg sese...
-
Bahan-bahan: - 4 biji cili hijau @ 10 biji cili api - 2 biji bawang putih - secubit garam - 1 sudu kecil gula - kicap pekat - air sup ayam -...













2 comments:
hubby's aunty suka buat laksa goreng nyum nyum
Best kan aunty..? yum2x.. kurang sikit muak banding makan mee kuning :)
Post a Comment