salam bahagia semua..
kali ini saya masukkan pula resipi salah satu masakan tradisional arab jordan iaitu Mansaf. memang favourite kebanyakan kami di sini.. :) resipi ni saya ambil dari blog
mama hanin
..terima kasih mama!! :) arini saya dah cuba buat alhamdulillah.. walaupun buat godek2 ikut sendiri punya style...haha.. hubby kata delicious!! ha, oklah tu.. hehe..
Bahan-bahan:
1 kilo daging
1 kilo beras Mesir atau beras Amerika (bulat2 pendek, mcm beras Sushi)
1 sudu baharat mansaf (rempah mansaf)
5 helai daun ghar (warakah ghar) untuk menghilangkan bau daging kambing
500ml yoghurt fresh atau laban baladiah
1 ketul jameed (yogurt yang dikeringkan dan dikeraskan)
sedikt kunyit
sedikit garam
4 sudu samnah (ghee)
chopped parsley
roasted pine nuts dan almonds
Cara-cara:
1. rebus daging bersama daun ghar dan rempah mansaf sehingga daging separuh empuk, kemudian keluarkan daun ghar, biarkan daging bersama air rebusan.(air rebusan jangan terlalu banyak)
2. sementara itu, hancurkan jameed dgn cara meramaskan jameed dgn air suam, kemudian masukkan jameed yang telah hancur ke dalam blender bersama fresh yogurt. blend sehingga hancur. kemudian tapiskan mixture ni.
3. masukkan yogurt yang telah di blend dan ditapis tadi ke dalam daging tadi bersama sedikit kunyit untuk pewarna. kacau sehingga daging masak. perhatian: sentiasa kacau untuk elak pecah yogurt haha..bukan pecah santan ye...
siaplah kuah...
4. untuk memasak nasi, rendamkan beras bersama sedikit kunyit selama setengah jam. kemudian tapiskan beras, dan tumis bersama ghee (samnah), setelah rata masukkan air, sukatan air utk beras ini, 1 cawan beras = 1 1/2 cawan air.masukkan sedikit garam dan kunyit.
setelah semuanya masak,cara untuk menghidangkanya, susun roti pita/ roti syawarma(tak tau nama roti dia) di atas pinggan atau dulang, kemudian letakkan nasi dia atas pinggan / dulang, taburkan daun parsley dan roasted pine nuts dan almonds diatas nasi, susun daging kambing yang telah di masak. dan tuangkan kuah mansaf, siap!
selamat mencuba dan selamat jamu selera..
* saya gunakan jameed teeba dan plain yogurt teeba je..senang dan cepat! kacang lak saya gunakan fustaq (kcg tanah) je sbb terlupa bli smlm dan kat rumah dah ada banyak kacang tanah..guna jelah.. ;)*
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Ok, yang ni pula Ikan makarel masak singgang kering. Actually kalau di malaysia kita guna ikan tongkol, tapi di sini cume ada jual ikan maka...
-
Bahan-Bahan: - Ikan Kembong (option berapa ekor) - 1 biji bawang besar dikisar - sedikit belacan secukup rasa (dikisar) - satu sudu makan ci...
-
Alhamdulillah.... hari ni kita cuba bakar Pizza pula.. Pizza Mushroom yg sempoi pastinya. Mudah dan cepat! InsyaAllah. Ummi seperti bi...
-
salam.. belajar resipi ni dari bonda tersayang.. kalau hari raya selalu mak akan buat. sebab anak-anaknya suka makan dengan nasi impit! Pada...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
gambar hiasan mari membuat laksa johor..simple dan ringkas... x perlu bahan2 yang remeh dan susah nak jumpa.. ini khususnya buat teman2 ...
No comments:
Post a Comment