Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, October 25, 2009

Ayam Bakar Kari

Salam Ceria Semua.. :D

Hari ini resipinya adalah yang sangat simple! Ayam Bakar Kari.. hihii
Baik untuk kurangkan pengambilan lemak setiap hari.. tak perlu tambah minyak kerana pada ayam itu sendiri sudah ada minyaknya hasil dari kulit dan lemaknya.. ;) resipi dari sahabat saya, puan Yana.



Bahan-Bahan:
- ayam yang dipotong 6@8 (saya juz amik 3 potong darinya)
- satu sudu serbuk kunyit
- 5 sudu serbuk kari daging
- satu sudu garam (x perlu masin sangat)
- satu sudu cili kering yg telah diblend

Cara-Cara:
- satukan kesemua bahan dalam satu mangkuk
- gaulkan rata
- Bakar seperti biasa.. (guna non-stick kuali@oven@pembakar jaring besi) yg best bakar dgn aranglah.. ;)
- bakar hingga masak.. siap!! simple se'simple'2 nya kan..? ;)
- cubalah..sedap.. yum2x..
- makan dengan air asam.. lagi tambah selera..!

note: boleh juga dimakan dengan kuah percik..

Thursday, October 15, 2009

:: Syurbah Najmah ::

Salam semua..

Lama sangat rasanya tak update blog ni.. hehe.. banyak je yg nak disimpan dalam koleksi masakan ni tapi asyik tertunda-tunda je..huhu

ok, hari ni saya nak masukkan satu resipi sup (syurbah) arab.. actually kawan saya, K.ina yang ajarkan ni.. dia dah pro masakan arab berbanding saya..yelah K.ina pun dah lama duk Jordan ni.. ;)

saya namakannya Syurbah Najmah (Sup Bintang)


Saya ubah sikit mengikut bahan yang saya ada.. cume yang penting makaroni bintang comel2 tu adalah.. ;)

Bahan-Bahan:
- 1 paket kecil Star Macaroni
- 1/4 kg Daging Cincang ataupun Daging hancur (mafrum)
- Tomato 2-3 biji direbus terlebih dahulu, rendam kemudian siat kulitnya
- 2 biji bawang besar dicincang dadu
- 4 biji bawang putih dicincang dadu
- 2 biji Lobak Di potong dadu kecil
- setengah tin humus (kacang kuda ready made)
- 100 gram 'adas (kacang dal) rendam seketika
-minyak sikit utk menumis
- air
- garam secukup rasa
- optional: 1 kiub ayam atau serbuk perasa

Ni star macaroninya..

cara-cara:
- Blend tomato yg sudah disiat kulit tadi
- tumiskan bawang terlebih dahulu
- masukkan daging hancur tadi
-kacau hingga separuh masak
-masukkan sedikit air bersama tomato blend tadi
- masukkan pula kacang dal dan lobak dadu tadi
- kacau kemudian masukkan kacang kuda dan star macaroni..
- masukkan lebihan air mengikut kesukaan
- tambah garam secukup rasa
- siap
- boleh dimakan bersama roti atau makan begitu saja.. :) berkhasiat tau.. ;)

Popular Posts

Carrot