Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, November 15, 2011

Itik Salai Masak Sambal Merah


Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :)

Bahan-Bahan:
- 1/2 kg itik yang telah disalai (saya beli di kuala pilah je, otw balik rumah dr kg di pahang.
- 2 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- sesudu besar sos tomato
- 10 biji cili kering (potong, basuh dan rendam sebentar dgn air panas)
- 1 keping asam keping
- gula dan garam secukupnya
- air secukupnya



Cara-Cara:
- itik salai ( kalau salai sendiri, bakarlah dgn arang batu tanpa itik tadi dibubuh apa2 bahan pun.
- kisarkan kesemua bawang, halia, cili kering.
- tumiskan ke dalam minyak hingga naik bau
- masukkan serai, asam keping dan sos tomato
- masukkan pula daging itik salai tadi yang sudah dipotong sederhana
- gaulkan rata
- masukkan air sedikit (daging itik ni agak liat sikit berbanding ayam, jadi perlukan air untuk didihkannya dan bagi daging tu lembut)
- perasakan gula dan garam secukupnya.
- try cucuk daging dgn garfu, kalau dah lembut, dah masaklah tu. ^__^


note: daging salai ni memang mempunyai kelainan pada rasanya.. nak tahu, cubalah! :-) boleh juga buat keli@sembilang salai, ayam salai ... erm, kalau balik kg di pahang, mesti singgah pilah beli itik salai nih!

2 comments:

Masya said...

serius saya tak pernah masak daging itik.. kecur jer tgk sambal ni... selalu makan telur itik jer.. masak lemak takpun telur masin.....

Unknown said...

cubalah buat daging salainya pula.. saya sekuarga pun terpikat selepas blk malaysia, dan bila akan lalu kuala pilah tika pulang dr kg, x lepaskan peluang dapatkannya..banyak dijual ditepi gerai2 di sepanjang jalan.. abg ipar org pilah... dia lah yg kenalkan.. :) memang best lah! kalau raya, buat rendang pon sodap... :)

Popular Posts

Carrot