Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, March 22, 2012

Wild Mushroom Masak Tempoyak



Bahan-bahan:
- 1 paket wild mushroom
- 1 sudu besar tempoyak
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili api merah (boleh tambah nak pedas)
- sedikit sos tiram
- garam dan gula secukup rasa
-sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara:
- Blend atau tumbuk bawang2 dan cili bersama lumatkan juga tempoyak
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tersebut.
- masukkan sos tiram, garam dan gula.
- Dah naik bau, masukkan cendawan. Gaul ratakan.
- masukkan air sikit (optional nak goreng kering atau basah berkuah)
- Tunggu hingga didih dan masak. siap!


idea ni dpt dr sorang kenalan di FB.. ^___^






Teruja untuk dapatkannya? Silalah buat tempahan di SINI

Wednesday, March 21, 2012

Puding Pisang (Agar-Agar)


Bahan-bahan:
- 1/2 agar-agar kering (yg 20g tu)
- Air secukupnya (dlm 8-10 cawan air)
- 1 tin susu cair
- 1-2biji pisang (tgk size)
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu teh perisa vanilla
- pisang untuk tambahan

Cara-Cara:
- Blend pisang hingga hancur
- Didihkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar.
- Api perlahan dan kacau hingga agar-agar hancur
- Masukkan susu cair dan pisang yg telah diblend
- Masukkan gula dan vanilla. Kacau hingga rata dan mendidih
- Tutup api
- Curahkan dalam bekas. Boleh masukkan pisang tambahan yang siap dipotong kecil sekali.
- Sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk. Boleh dinikmati! ^___^






Dapatkan New Version di SINI

Monday, March 5, 2012

Chicken Chop Sempoi


Wa.. arini ummi sangat teruja menyediakan menu chicken chop yg dh lama teringin nk buat sendiri.. Pernah makan di kedai je.. Bila dah rasa bosan makan nasi je..sesekali nak makan western food cmni lah pulak... ngeee.. resepinya sempoi je.. ikut rasa sendiri dan bahan2 yg kebanyakan sudah siap sedia.. mudah, kan?



Jom Mulakan!

Bahan-bahan (ayam):
- Bahagian Dada ayam atau mana-mana yang boleh dapatkan isinya.. (klu boleh, buang tulangnya)
- Tepung Goreng ayam (ummi guna Radix Chicken punya ready made tepung je)
- minyak untuk menggoreng

LinkBahan-bahan (coleslaw):
- 1/4 kobis
- 1 biji lobak
- Coleslaw mayonnaise (umi guna lady's choice)


Bahan-Bahan lain:

- Timun
- Tomato
- Kentang Goreng (beli siap & goreng)


Bahan-bahan (Kuah):
- sos tiram
- sedikit sos cili
- 1/2 bawang besar
- sedikit halia
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1@2 sudu makan serbuk lada hitam
- sedikit tepung jagung@gandum
-air secukupnya
-gula secukup rasa


Cara-Cara:
- isi ayam dicuci dan digaul bersama tepung goreng (perap sekejap)
- kemudian digoreng masak
- kentang digoreng seperti biasa
- timun dan tomato di belah ikut selera masing-masing
- untuk buat coleslaw, lobak dan kobis disagat atau di potong halus2. kemudian digaul dengan mayonnaise khas untuk coleslaw.
- Untuk kuah pula, tumiskan bawang, lada hitam dan halia dgn sedikit minyak masak. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau. Masukkan sedikit sos cili dan air secukupnya. boleh masukkan sedikit gula secukup rasa. Untuk memekatkannya, bancuhkn sedikit tepung jagung atau gandum dan campurkan dalam kuah tadi. Sebatikan. dah mendidih, angkat.



Hidangkan ayam, kentang goreng, coleslaw dan salad timun & tomato di dalam pinggan. Curahkan kuah tadi atas ayam. dah siap. Mudah, kan? ^___^











Popular Posts

Carrot