Wa.. arini ummi sangat teruja menyediakan menu chicken chop yg dh lama teringin nk buat sendiri.. Pernah makan di kedai je.. Bila dah rasa bosan makan nasi je..sesekali nak makan western food cmni lah pulak... ngeee.. resepinya sempoi je.. ikut rasa sendiri dan bahan2 yg kebanyakan sudah siap sedia.. mudah, kan?
Jom Mulakan!
Bahan-bahan (ayam):
- Bahagian Dada ayam atau mana-mana yang boleh dapatkan isinya.. (klu boleh, buang tulangnya)
- Tepung Goreng ayam (ummi guna Radix Chicken punya ready made tepung je)
- minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan (coleslaw):
- 1/4 kobis
- 1 biji lobak
- Coleslaw mayonnaise (umi guna lady's choice)
Bahan-Bahan lain:
- Timun
- Tomato
- Kentang Goreng (beli siap & goreng)
Bahan-bahan (Kuah):
- sos tiram
- sedikit sos cili
- sedikit halia
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1@2 sudu makan serbuk lada hitam
- sedikit tepung jagung@gandum
-air secukupnya
-gula secukup rasa
Cara-Cara:
- isi ayam dicuci dan digaul bersama tepung goreng (perap sekejap)
- kemudian digoreng masak
- kentang digoreng seperti biasa
- timun dan tomato di belah ikut selera masing-masing
- untuk buat coleslaw, lobak dan kobis disagat atau di potong halus2. kemudian digaul dengan mayonnaise khas untuk coleslaw.
- Untuk kuah pula, tumiskan bawang, lada hitam dan halia dgn sedikit minyak masak. Kemudian masukkan sos tiram. Kacau. Masukkan sedikit sos cili dan air secukupnya. boleh masukkan sedikit gula secukup rasa. Untuk memekatkannya, bancuhkn sedikit tepung jagung atau gandum dan campurkan dalam kuah tadi. Sebatikan. dah mendidih, angkat.
Hidangkan ayam, kentang goreng, coleslaw dan salad timun & tomato di dalam pinggan. Curahkan kuah tadi atas ayam. dah siap. Mudah, kan? ^___^

1 comment:
sedapnye :P
Post a Comment