Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, July 30, 2012

Homemade Ice Cream 'Goreng'

Anda semua biasa makan ais krim goreng tak...? ha.. hari ni ummi nak kongsikan cara-cara membuatnya sendiri di rumah hanya menggunakan Roti sahaja! Macam biasa, ummi dapat ilmu ni dari perkongsian ahli di Group resepi dan masak-masak Fb tu... ^^ Ianya amat mudah dan Cepat! Rumah-rumah yang ada kanak-kanak riang Ribena tu, mesti laku punya! boleh buat bisnes sampingan lagi tau buat surirumah2 di luar sana.

Kalau lihat pada gambar di atas tu, insyaAllah anda semua dah boleh buat kot.. ;)

Mudah saja..

Bahan-Bahan:
- ais krim (optional apa saja yg anda suka)
- Roti gardenia secukupnya
- Cawan Plastik atau bekas plastik yg boleh dibuat acuan (umi guna bekas pencicah rojak) ^^
- sedikit bancuhan tepung gandum (optional utk lekatkan tepi doh tu)

Cara-Cara:
- sediakan 2 keping roti
- letakkan sesudu ais krim ke atas salah satu keping roti (tengah)
- telangkupkan satu lg keping roti ke atasnya
- Tekankan tengah2nya dengan cawan
- tekan dan pusing sampai roti tu terbelah dan terbentuk doh tu (bulat)
- jika tepinya terbuka, bolehlah lekatkan dengan bancuhan tepung td agar tak terkeluar ais krimya ketika menggoreng nanti. (ummi x guna sebab acuan cawan tu dh boleh lekatkan tepi. tajam sikit keliling cawan tu :)
- ok, ulang perkara yang sama hingga habis kepingan roti.
- sedia untuk digoreng. Nak simpan dulu dalam freezer pn boleh.
- Goreng dengan api yg sederhana sahaja hingga warnanya keperangan.
- Dah boleh di'ngap'! heh
Note: gambar goreng belum ada sebab petang ni baru nak menggoreng tuk buat berbuka puasa nanti ^___^





*********************



Promosi Sempena Ramadhan
Update: FB My Qalam Word By Word










No comments:

Popular Posts

Carrot