Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, November 15, 2011

Kerang Rebus


Menu ringkas yang menjadi kegemaran ramai orang terutama bila menjelang bulan puasa, kan?
Kalau dapat cari yang segar dan bersize besar, memang puaslah makan! selalunya nak yang segar, boleh dapatkan di pasar2 basah harian.. memang mudah dapat!

Mudah aje kerang rebus ni.. semua pun tahu kot.. ;-) cumanya mungkin tekniknya tu, ada kelainan sikit. Ada orang rebus kerang ni, rebus hanya dengan garam saja. Dan air dan kerang terus masukkan sekali masa nak merebus.. Itu boleh menyebabkan kerang tu kadang-kadang ada yang sukar nak dibuka..

Ok, ni yang saya buat bila nak rebus kerang. (chef2 kabir ignore jelah ye..hihii) ini untuk yang baru nak belajar2 masak je.. ;-)

Mula-mula, bersihkanlah kerang terlebih dahulu daripada warna kehitamannya tu.. boleh rendamkan bersama garam dan ramas2 atau guna berus khas. so, warnanya tu nampaklah cerah sikit.. hehe

Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Kemudian masukkan 2-3 batang serai, 2 inci halia dan bawang besar yang di sudah dibelah. Halia dan serai tu titikkan ye. Bagi harumannya mudah serap dalam kerang tadi masa merebus. Ok, panaskan hingga air mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya...

Dah mendidih, barulah masukkan kerang-kerang tadi.. X lama.. beberapa minit lepas tu, kerang dah masak.. ia cepat sebab kita masukkan selepas air dah mendidih tadi. :) ini yang saya belajar dgn abg ipar saya (chef) dulu lah..

ok, dah siap, bolehlah makan dan cicah bersama kicap+sos cili atau sambal kicapnya.. !

3 comments:

Anonymous said...

suka dengan kerang rebus, kuah dia sedap sungguh kalau di hirup..

Unknown said...

jika penggemar sup, memang akan hirup kuahnya..mcm juga kami! hehe.. tp org kata x blh makan terlalu kerap juga.. makanan seafoood ni blh bawa batu karang juga katanya... wallahua'lam.

Admin said...

Assalamualaikum....

Kerangnya kenalah diberus cengkerang sebelum merebus untuk membuang kotoran seperti tanah atau lumpur.. kalau tak buat macam tu, akan memualkan dan tak bersih. Ada peniaga yang malas membasuh kerang dan mengakibatkan kerang 'rasa pasir' atau berlumpur...

Ini ikut citarasa saya. Orang lain tak tahulah macam mana kaedahnyepun...

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu & 10 Aneka Putu Special

Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum

Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

Popular Posts

Carrot