Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, January 31, 2012

Kerabu Seafood


Kerabu memang menjadi kegemaran saya.. apa2 kerabulah.. ^___^

nak buat kerabu seafood ni memang dah lama.. jadi, saya cari2lah pelbagai resepi dari beberapa sumber..majalah, internet.. maka, saya pun cuba buat sendiri..tapi saya ni jenis suka meng'innovate'kan dalam masakan saya mengikut selera saya dan keluarga..hehe...

Dalam kerabu ni, saya suka memper'kaya'kannya dengan ulam-ulamannya.. ;-)
Ok, Jom buat!

Bahan-bahan:
- 1/2 kg udang (dibersihkan, direbus sebentardan dibuang kulit)
- 5 atau lebih ekor sotong (size besar) - sama juga dibersihkan, direbus 5 minit dan dipotong)
- 3 sudu sos ikan
- 2-3 biji lemon (jus perahan)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dipotong halus)
- 2 batang serai (dikerat halus)
- 1/4 biji nenas (dipotong halus memanjang)
- 1 biji tomato (buang biji dan mayang halus)
- 1 biji lobak (mayang memanjang)
- 1/2 biji timun (dimayang memanjang)
- 5 biji cili api (potong kecil)
- 2 biji cili merah (dipotong kecil)
- 2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- 1 sudu makan gula (atau secukup rasa)
- sedikit daun ketumbar @sup@daun bawang(klu xde)

Cara-Cara:
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk
- Gaulkan rata dan seimbangkan rasanya
- Bila rasa dah sesuai ikut selera anda, siaplah! mudah je,kan?
lagi puas dinikmati buat sendiri berbanding makan di luar! tapi harus diingat ye, udang (seafood) mempunyai tahap kolestrol yg tinggi juga. Maka, jarang2kanlah mengambilnya... ^__^

selamat mencuba!




note: kawan2 boleh juga tambah kacang panjang, kacang tanah atau sedikit belacan untuk menambah rasanya lagi.. (bahan-bahan ni xde di rumah masa ni..hehe)

boleh juga rujuk sini >> Blogwana






<< Nak rasa Mee Bandung Odeon? Rasa Sekali, Pasti Teringin Lagi!! Klik SINI, tempah dengan Encik Elyas>>





No comments:

Popular Posts

Carrot