Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, May 17, 2012

Tempe Goreng Berlada Kering

Resepi ni tanpa gunakan ikan kering dan kentang serta sohun. simple sahaja, hanya bahan asas iaitu Tempe ^____^


Bahan-Bahan:
- 2 keping tempe (dipotong dadu panjang)
- 1/2 biji bawang besar (dimayang)
- 3 ulas bawang putih (dimayang)
- 5 keping lada kering (dimayang halus dan direbus seketika)
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos tomato
- 1 cawan air (kecil)
- sedikit garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk tumis





Cara-Cara:Link
- Tempe digoreng terlebih dahulu hingga bewarna keperangan.
- Asingkan, toskan minyak.
- Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali untuk tumis bawang besar, bawang putih dan lada kering. Hingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. kacau rata. (api sederhana ye)
- kemudian masukkan tempe yg sudah siap digoreng tadi. Kacau sebati.
- bolehlah masukkan air sedikit dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
- kacau hingga nampak kering. Angkat. Siap dihidangkan bersama nasi putih panas!

note: optional-blh lah masukkan perencah hilal atau knorr ke ikut suka anda selalu guna ;)





Wednesday, May 9, 2012

Sensasi Kek Colat: Panduan Memasak Kek Coklat Yg Sedap


Masih buntu untuk membuat kek coklat yang sedap?

"Ketahui Bagaimana Untuk Menghasilkan Kek Coklat Yang Sedap Untuk Tetamu, Keluarga Ataupun Untuk Perniagaan Dari Rumah Walaupun Tiada Pengalaman Membuat Kek Sebelum Ini"

 Ramai yang mengemari kek coklat. Namun, tidak ramai yang mampu membuat kek coklat yang benar benar sedap untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga anda.

Kini Anda Boleh Membuat Kek Coklat Anda Sendiri dan Menerima Pujian Melambung Daripada Tetamu Anda!



CD Kek Coklat ini merupakan CD Ketiga Keluaran Syarikat Future Business Network (FBN) milik Puan Shida selepas CD Buat Coklat dan CD Buat Cup Cake. 
Kek Coklat merupakan produk terlaris syarikat kami sebelum ini. Malah ia terus menerima tempahan demi tempahan daripada pelanggan yang sedia ada.

Sebabnya?

Ia cukup mudah. Ia sedap! Kek yang sedap pasti akan digemari oleh ramai orang yang mengemari keenakan kek coklat. Kini saya ingin berkongsikan bagaimanakah untuk anda membuat kek coklat anda sendiri.

Anda tidak lagi perlu membeli kek coklat lagi. Sudah sampai masanya untuk anda membuat kek anda sendiri. Walaupun anda tidak pernah membuat kek sebelum ini.

Dalam CD ini, Beliau akan menunjukkan cara cara pembuatan kek coklat secara langkah demi langkah. Malah kami juga menunjukkan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mereka yang kekurangan kemudahan di rumah.

Anda tidak perlu untuk menghadiri kursus yang mahal untuk belajar membuat kek coklat yang sedap. Ia sebenarnya tidaklah sesukar apa yang anda fikirkan.

Apa Yang ada Dalam CD ini??
~ Video #1 Kek Coklat "Jangan Tinggal Daku"
~ Video #2 Kek Coklat "Simpulan Kasih"
~ Video #3 Kek Coklat "Sejuta Impian"
~ Video #4 Kek Coklat "Cinta Abadi"
~ Video #5 Kek Coklat "Kasih Bertaut Kembali" 
~ Video #6 Brownies "Antara 2 Cinta"
~ Video #7 Kek Coklat Lapis Puding Babylon 
~ Video #8 Kek Coklat Cinta 3 Segi
~ Video #9 Kek Coklat Sedap
~ Video #10 Membuat Ganache 
~ Video #11 Membuat Dekorasi Kek Coklat Ringkas 
~ Resepi Kek Coklat dan Ganache (pDF)

Mengapa Anda Perlu Mendapatkan Panduan Ini?
Anda tidak perlu untuk ke kelas untuk belajar membuat kek coklat. Ia menjimat kos anda!
Ia ditunjukkan dalam bentuk video. Anda boleh memasangnya di komputer dan menontonnya berulang kali jika anda mahu.
Anda boleh kagumkan tetamu anda dengan kek coklat anda.
Anda boleh bertanya jika berlaku sebarang masalah. Ini tidak akan diperolehi jika anda menyertai kursus.
Ia adalah sesuatu yang mengujakan apabila kek coklat yang anda hasilkan habis dimakan oleh tetamu anda. Dan anda juga boleh menjualnya kepada mereka jika mereka ingin menempahnya.
Jadi, ini secara tidak langsung boleh menambah pendapatan anda secara part time.
Dengan CD ini, anda akan didedahkan dengan dunia pembuatan kek coklat yang anda tidak ketahui sebelum ini. 

Pakej CD ini turut mengandungi rahsia perniagaan Beliau. Jadi beliau boleh mengenakan harga yang setinggi mungkin. Tiada orang yang berani mendedahkan resepi perniagaan mereka kepada orang ramai. Jadi kami ingin menetapkannya pada harga:

RM200  
RM150    
 Harga Terhad untuk 300 yang terawal sahaja!!   
 

 Apa Kata Mereka yang Telah Mempraktikkannya?? 








Wednesday, May 2, 2012

Laksa Goreng


Lama dah nak buat laksa goreng ni.. minggu lepas baru sempat.. Guna laksa penang yang size kecil tu.

Rasanya yang lembut pada mee laksa itu, terbitkan rasa kelainan beza makan mee goreng biasa.

Saya buat simple je ni.. Takde sayur, cuma masukkan udang dan fish cake saja. Anda boleh masukkan taugeh dan daun kucai jika nak. Kebetulan stok di rumah tiada masa ni, jadi tak bubuhlah sayuran tu ;)

Ok, Jom masak!





Bahan-bahan:
- 1 paket Laksa penang (direndam bersama air panas hingga lembut)
   - boleh juga direbus dahulu.
- 1 biji bawang besar (kuning)
- 4 ulas bawang putih
- Udang (dibersihkan)
- 1 paket fish cake (dipotong kecil)
- Kicap manis
- sos tiram
- sos cili
- sedikit cili boh (cili kering jika nak tambah pedas)
- taugeh dan daun kucai (optional)
- garam dan gula secukup rasa
- 2 @ lebih cawan air
- minyak untuk tumis



Cara-Cara:
- Toskan dahulu laksa tadi.
- Tumbuk lumat atau blend bawang-bawang
- Tumis dengan sedikit minyak atau secukupnya hingga naik bau (tumis sekali dgn cili kering jika mahu)
- masukkan fish cake, kacau rata.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata.
- Masukkan sedikit air (2 cawan)
- Masukkan pula udang tadi
- kemudian baru masukkan mee laksa tadi, gaul rata.
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya
- masukkan taugeh dan daun kucai
- bagi yang gemar goreng basah, boleh lebihkan air sedikit.
- Kacau rata dan tunggu hingga benar2 masak.
- Angkat dan hidangkan

taburkan bawang goreng dan daun ketumbar

Selamat menjamu selera! ^___^

Note: Jika ada stok sos perencah char kuey teow, menjadikan hidangan anda tak kurang lazatnya! Saya gunakan Perencah Otaku Resources. Cuba cari di Halal Mart berdekatan anda.




Popular Posts

Carrot