Thursday, June 14, 2012
Sotong Masak Serai
Ok, hari ni masak masakan sempoi juga seperti biasa. Sotong Masak Serai. Idea ni dapat daripada seorang kawan sekuliah di uia dulu, Puan Siti Selihah. Tapi biasalah, saya ubah2 sikit mengikut selera saya ;) Selalu kita buat masak sambal, kari atau goreng je kan... arini saya tertarik nak cuba buat menu ni. Rebus je. Sihat! :)
Bahan-Bahan: [bergantung byk mana sotong yg nak dimasak]
- 1/2 kg sotong
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 keping asam (optional-nak bg hilang rasa hanyirnya)
- beberapa biji cili api (optional)
- satu sudu makan sos tiram @ kicap (optional)
- garam dan gula secukup rasa
- air secukupnya
Cara Penyediaan:
- Sotong dibersihkan, dipotong kecil
- Masukkan ke dalam periuk yang berisi air (secukupnya)
- Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat
- Masukkan ke dalam periuk berisi sotong tadi
- Masakkan di atas api
- Masukkan serai, asam keping dan cili api ( saya x potong, masuk sebiji-sebiji)
- Kemudian masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa
- Masak hingga mendidih dan sotong empuk. Masak sotong tak perlu lama, sebab kalau lama sangat, nanti isi sotong akan jadi keras.
- siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Idea nak masak sotong lemakputih ni lepas teringat beberapa tahun sebelum berangkat ke Jordan, saya pernah makannya di rumah salah seorang l...
-
Bahan-Bahan: - Tempe x2 - dipotong dadu atau nipis dan digoreng dahulu. - 1 bungkus cendawan tiram - dicarik2 - 1 mangkuk ikan bilis...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
salam.. resipi ni diminta oleh mama hanin selepas saya ada bagitahunya saya pernah buat ayam kicap singapura.. saya belajar pun dari laman m...
-
salah satu menu dalam usaha mengurangkan pengambilan kolestrol ^__^ Bahan-Bahan: - 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dibelah dua) - 3 sudu...
-
Menu ringkas yang menjadi kegemaran ramai orang terutama bila menjelang bulan puasa, kan? Kalau dapat cari yang segar dan bersize besar, mem...
-
salam bahagia semua.. kali ini saya masukkan pula resipi salah satu masakan tradisional arab jordan iaitu Mansaf. memang favourite kebanyaka...
-
gambar hiasan mari membuat laksa johor..simple dan ringkas... x perlu bahan2 yang remeh dan susah nak jumpa.. ini khususnya buat teman2 ...
-
Salam mesra Semua, Hari ini malas lagi nak update menu baru... huhu Tapi saya cuma nak hebahkan dari Chef Hairul tentang CD Panduan Buat Rot...
1 comment:
alam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
Post a Comment