Anda semua biasa makan ais krim goreng tak...? ha.. hari ni ummi nak kongsikan cara-cara membuatnya sendiri di rumah hanya menggunakan Roti sahaja! Macam biasa, ummi dapat ilmu ni dari perkongsian ahli di Group resepi dan masak-masak Fb tu... ^^ Ianya amat mudah dan Cepat! Rumah-rumah yang ada kanak-kanak riang Ribena tu, mesti laku punya! boleh buat bisnes sampingan lagi tau buat surirumah2 di luar sana.Mudah saja..
Bahan-Bahan:
- ais krim (optional apa saja yg anda suka)
- Roti gardenia secukupnya
- Cawan Plastik atau bekas plastik yg boleh dibuat acuan (umi guna bekas pencicah rojak) ^^
- sedikit bancuhan tepung gandum (optional utk lekatkan tepi doh tu)
Cara-Cara:
- sediakan 2 keping roti
- letakkan sesudu ais krim ke atas salah satu keping roti (tengah)
- telangkupkan satu lg keping roti ke atasnya
- Tekankan tengah2nya dengan cawan
- tekan dan pusing sampai roti tu terbelah dan terbentuk doh tu (bulat)
- jika tepinya terbuka, bolehlah lekatkan dengan bancuhan tepung td agar tak terkeluar ais krimya ketika menggoreng nanti. (ummi x guna sebab acuan cawan tu dh boleh lekatkan tepi. tajam sikit keliling cawan tu :)
- ok, ulang perkara yang sama hingga habis kepingan roti.
- sedia untuk digoreng. Nak simpan dulu dalam freezer pn boleh.
- Goreng dengan api yg sederhana sahaja hingga warnanya keperangan.
- Dah boleh di'ngap'! heh
Note: gambar goreng belum ada sebab petang ni baru nak menggoreng tuk buat berbuka puasa nanti ^___^















