Subscribe:

Ads 468x60px

Thursday, July 5, 2012

Kuih Akok Berkedut

Ummi dapat idea ni ms tonton rancangan Resepi Ummi di TV Al-Hijrah baru2 ni.. Memandangkan di rumah belum ada acuan bakar tu, mereka gunakan pembakar roti sebagai ganti. Wah, satu idea yg Brilliant! Jadi ummi excited nak buat, Hai.. napelah ummi x pernah terfikir sebelum ni.. ^^
Jadi Resepinya ummi search je kat internet.. jumpa laman ini: aziejaya.blogspot.com/
Anakanda yg sulong memang sukalah sangat2.. x sabar2 nak makan, ummi belum siap pun bakar lagi! ;) Then dia ngaku sendiri, Hantu kek! haha

ummi ada ubah sikit cara-caranya tu. ikut mudah ummi..hehe (derhaka sikit pada resepi atas)
ok, Jom Try Buat!


Bahan-bahan:
-5 biji telur
-200 ml pati santan
-100 ml air
-150 gram gula melaka
-30 gram tepung gandum
-2 helai daun pandan- disiat-siat
-2 cubit garam halus

- sedikit Pewarna Hijau (optional)


Cara cara:
-Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tutupkan api.
-Masukkan santan. Tunggu suam sedikit.
-Kemudian Pecahkan telur dan blend dulu atau guna mixer.
-Satukan ke dalam blender semua bahan tadi.
-Masukkan Tepung dan blender sehingga rata. Tapiskan.
(saya tak tapis pun) hihii
-Panaskan Pembakar Roti. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. (ummi tak guna minyak pun)
-Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari pembakar, ia akan sedikit mengecut.







p/s: Dah Nak Puasa dah..! Menu istimewa mesti ramai yang nak cuba buat! Salah satunya Mee Bandung! Tak Payah leceh2 nak sediakan bahan semua. dah ada ready Rempah dibawa khas dari Odeon! >>







2 comments:

Azie said...

As salam. Bagus juga idea menggunakan pembakar roti ni. Yang penting cepat dan rasanya sama kan. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Azie Kitchen

Unknown said...

Puan Azie,

wslm...
Terima kasih juga krn sudi singgah blog yg tak seberapa ni... :)

saya selalu juga jenguk2 resepi2 menarik yummy kat blog azie kitchen tu.. BEST!!

terima kasih perkongsiannya... ^^

Popular Posts

Carrot