Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, April 14, 2010

Mee Tom Yam Cina

Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang biasa kita makan. Resipi umi baru cuba je setelah mendapatkannya dari majalah Rasa kegemaran umi keluaran februari 2010 yang berkongsi resipi dari Masakan Baba dan Nyonya :) Kalau dalam resipi tersebut, mengenakan Bihun TomYam seafood, Umi pula seperti biasa menukarkannya sedikit tanpa ubah perasa asalnya. Umi cuma guna udang dan tambah daging serta ayam sikit. Kat sini terlalu mahal nak dapatkan makanan seafood fresh, jadi umi cuma gunakan udang Mujammad (beku). ;)

Bahan A:
- 3 sudu besar pes tom yam
- 1 batang serai di titik
- beberapa helai daun limau purut
- sedikit lengkuas (umi guna yg kering yg di bawa dr msia)
- 1 biji bawang besar di hiris
- Cendawan butang dalam Tin (kalau yg segar lagi bagus)
- 1 batang carrot @ lebih dipotong panjang
- cili api (ikut suka)
- Daging yg dipotong kecil
- daging ayam yang dipotong kecil
- Udang

Bahan B:
- Sos Ikan (ikut kuantiti kuah)
- air limau nipis @ lemon
- serbuk ayam
- 1 cawan susu cair
- 1@ 2 biji tomato dipotong 4

Cara-Cara:
- Panaskan air dalam periuk
- kemudian masukkan semua bahan A (seeloknya masukkan dahulu daging, dah agak empuk baru masukkan ayam dan udang)
- Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan sos ikan, serbuk ayam (kalu suka) serta air limau dan tomato.
- didihkan hingga masak
- Tutup api. Bolehlah masukkan susu cair tadi dan kacau hingga rata.
- Bolehlah dihidangkan dengan Mee @ spagetti dan taburkan bersama daun keumbar atau daun bawang. =)

Trylah.. rasanya sedikit kelainan tapi best juga.. :D

Tuesday, April 6, 2010

Kaswi

Resipi yang umi ambil dari salah satu laman web masakan pilihan umi tapi umi ada tambah kurangkan dalam bahan2nya berdasarkan apa yang umi teliti ketika mencubanya sendiri. Dan juga bahan2nya apa yang umi ada di sini. ;)

Bahan A:
- 4 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula merah@gula melaka - umi guna gula merah biasa je
- daun pandan - yg ada di bawa dari malaysia, kalu xde blh guna perasa pandan sikit, xde pn xpe.

Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi@tapioca
- sesudu kapur makan- bw dr malaysia

Note: - cawan tu, umi guna satu saiz jenis cawan je untuk semua sukatan
- boleh tambah gula kalau rasa bancuhan kurang manis

Cara-Cara:
- panaskan pengukus sementara nak bancuh bahan2 tadi
- sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan diletak bancuhan sebelum di kukus
- campurkan semua bahan2 dalam satu bekas
- kacau rata
- tapiskan ke dalam loyang tadi
- kukus hingga 30 minit atau sehingga masak
- biarkan sejuk, barulah dipotong

- selamat mencuba! :)

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Assalamu'alaikum wrt..
Setelah sekian lama umi x updatekan blog ni.. ada je resepi tp banyak yg tertunda.. insyaAllah ada masa lagi berkesempatan, umi tambah resipi yg boleh dikongsikan.. :)

Kali ni nak berkongsi tentang tips amalan cara makan yang sihat yang umi dapat dari email salah seorang ahli yahoogroups.. :)

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah" . Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Popular Posts

Carrot