Tuesday, November 15, 2011
Itik Salai Masak Sambal Merah
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :)
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg itik yang telah disalai (saya beli di kuala pilah je, otw balik rumah dr kg di pahang.
- 2 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- sesudu besar sos tomato
- 10 biji cili kering (potong, basuh dan rendam sebentar dgn air panas)
- 1 keping asam keping
- gula dan garam secukupnya
- air secukupnya
Cara-Cara:
- itik salai ( kalau salai sendiri, bakarlah dgn arang batu tanpa itik tadi dibubuh apa2 bahan pun.
- kisarkan kesemua bawang, halia, cili kering.
- tumiskan ke dalam minyak hingga naik bau
- masukkan serai, asam keping dan sos tomato
- masukkan pula daging itik salai tadi yang sudah dipotong sederhana
- gaulkan rata
- masukkan air sedikit (daging itik ni agak liat sikit berbanding ayam, jadi perlukan air untuk didihkannya dan bagi daging tu lembut)
- perasakan gula dan garam secukupnya.
- try cucuk daging dgn garfu, kalau dah lembut, dah masaklah tu. ^__^
note: daging salai ni memang mempunyai kelainan pada rasanya.. nak tahu, cubalah! :-) boleh juga buat keli@sembilang salai, ayam salai ... erm, kalau balik kg di pahang, mesti singgah pilah beli itik salai nih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Bahan-Bahan: (5-6 org makan) - 3 biji bawang besar - 1 labu bawang putih - sedikit lengkuas - diketuk - segenggam udang kering - 5 Kacang p...
-
Idea nak masak sotong lemakputih ni lepas teringat beberapa tahun sebelum berangkat ke Jordan, saya pernah makannya di rumah salah seorang l...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
Assalamu'alaikum wrt.. nak buat sambal lak..nak cicah dengan ikan makarel bakar..yum3x... bahan-bahan: - 1 biji cili merah dikisar kerin...
-
Assalamu'alaikum wrt.. Untuk pertama kalinya saya masukkan dahulu semua senarai resipi yang telah saya buat sebelum ni yang saya hanya p...
-
Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang b...
-
TEMPE . ( Sumber dari kak Noormasri ) Bahan-bahan: 200 g kacang soya 40 g tempe Cara-cara utk buat ragi: Tempe dihiris nipis-nipis kemud...
-
Bahan-bahan tambahan: umi just guna ayam, fish ball, tauhu grg, sayur sawi, taugeh, bawang goreng, telur, sedikit garam (rempah ni dah sedia...
2 comments:
serius saya tak pernah masak daging itik.. kecur jer tgk sambal ni... selalu makan telur itik jer.. masak lemak takpun telur masin.....
cubalah buat daging salainya pula.. saya sekuarga pun terpikat selepas blk malaysia, dan bila akan lalu kuala pilah tika pulang dr kg, x lepaskan peluang dapatkannya..banyak dijual ditepi gerai2 di sepanjang jalan.. abg ipar org pilah... dia lah yg kenalkan.. :) memang best lah! kalau raya, buat rendang pon sodap... :)
Post a Comment