Nasi Lemon ni first Trial ummi.. resepi dapat daripada Majalah Kegemaran Ummi la.. RASA. keluaran terbaru OKtober ni. Disebabkan ummi suka benar dengan lemon sejak duduk di Jordan dulu, jadi rasa nak mencuba resepi ni yang nampak mudah dan simple! ^^
Ok, Jom masak!
Bahan-Bahan:
- 4 pot/ cawan Beras (lebih elok guna beras basmathi)
-1 biji lemon segar (dihiris nipis)
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis @ dadu)
- 4 ulas bawang putih (dihiris nipis @ dadu)
- sedikit halia (dihiris nipis)
- bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
- kismis secukupnya
- sedikit garam dan gula secukup rasa
- 2 kiub ayam
- sedikit marjerin
- sedikit minyak zaitun
- 2 helai daun pandan
- air secukupnya
Cara-Cara Memasak:
- Bersihkan Beras dan toskan.
- Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar dengan minyak zaitun dan marjerin
- Masukkan bawang2 dan halia serta lemon hingga naik bau.
- Masukkan kiub ayam. kacau rata.
-Masukkan pula beras dan kacau rata.
- Masukkan pula kismis, air secukupnya dan daun pandan.
- Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula sahaja.
- oh ya, jangan lupa masukkan sekali kismis ye. hehe
- Tanak seperti biasa.
- Tips: x bagi nasi pecah2, elok guna senduk kayu untuk ratakan nasi ketika menanak.
- siap.
- Boleh dihidangkan bersama lauk kegemaran. Ummi hidangkan bersama ayam masak kicap lada hitam dan pajeri nenas. ^^
Jom Sertai Cabutan Bertuah @ Rempah Percuma Mee Bandung Odeon!
No comments:
Post a Comment