Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, November 30, 2011

Strawberry Whipped Cream

mode: baru blk bercuti di cameron highlands
bersama ahli family yg lain.. termasuk mak dan abah ummi.. :)




Bahan-bahan:
- 1 bekas strawberry (optional) ikut sukatan msg2
- Madu
- Whipped Cream


Cara-Cara:
- Hiris strawberry kepada beberapa keping
- Masukkan ke dalam bekas
- Tuangkan madu ke dalamnya... Nak lebih manis, tuang banyak sikit
- Then masukkan whipped cream yang dibeli siap di supermarket ;)
- Aturkan sedikit strawberry tadi atasnya serta curahan madu sikit...
- Dah boleh makan... rasa strawberry yg masam hilang apabila dimakan bersama madu dan whipped cream tadi.. rasa sweet je... hehe





Dapatkan Jubah Jordan Di SINI >>

Monday, November 21, 2011

Tiramisu Simple

Ok, semalam ummi sempat juga buat tiramisu yang dah lama ummi nak buat, tapi asyik tak buat-buat.. hehe... ummi dapat idea ni dari umi_e di myresepi.com yg femes tu :). Di sebabkan resepinya yang mudah dan simple, maka ummi amatlah berminat nak buat ikut yang resepi ni.. wah..nampaknya anak2 ummi tak sabar nak ngap! haha..

Jom Buat!

belahannya...

topping tepi x berapa cantik ye.. hihii.. baru nk belajar.. ;)

Bahan-bahan:
-1 biji sponge kek atau apa2 kek (ummi guna kek span pineapple)
-250ml whipping cream (guna yg dlm botol siap guna je)
-200ml cream cheese
-1/2 cawan gula halus
-1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
-1 sudu makan serbuk nescafe
-serbuk koko untuk hiasan

Cara-Cara:
-Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
-Satukan gula, cheese cream dan whipping cream
-Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
-Potong kek pada 3 bahagian
-Susun 1 bahagian atas bekas atau loyang
-Tuangkan rata 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
-Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
-Susun lagi bahagian yang selebihnya (ikut langkah atas)
-Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
-Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya..
- selamat menjamu selera! memang sedappp.. mudah aje.. :-) sekali buat, habis terus!haha.







LinkJom Beli Jubah..!
Di SINI

Tuesday, November 15, 2011

Itik Salai Masak Sambal Merah


Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :)

Bahan-Bahan:
- 1/2 kg itik yang telah disalai (saya beli di kuala pilah je, otw balik rumah dr kg di pahang.
- 2 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- sesudu besar sos tomato
- 10 biji cili kering (potong, basuh dan rendam sebentar dgn air panas)
- 1 keping asam keping
- gula dan garam secukupnya
- air secukupnya



Cara-Cara:
- itik salai ( kalau salai sendiri, bakarlah dgn arang batu tanpa itik tadi dibubuh apa2 bahan pun.
- kisarkan kesemua bawang, halia, cili kering.
- tumiskan ke dalam minyak hingga naik bau
- masukkan serai, asam keping dan sos tomato
- masukkan pula daging itik salai tadi yang sudah dipotong sederhana
- gaulkan rata
- masukkan air sedikit (daging itik ni agak liat sikit berbanding ayam, jadi perlukan air untuk didihkannya dan bagi daging tu lembut)
- perasakan gula dan garam secukupnya.
- try cucuk daging dgn garfu, kalau dah lembut, dah masaklah tu. ^__^


note: daging salai ni memang mempunyai kelainan pada rasanya.. nak tahu, cubalah! :-) boleh juga buat keli@sembilang salai, ayam salai ... erm, kalau balik kg di pahang, mesti singgah pilah beli itik salai nih!

Kerang Rebus


Menu ringkas yang menjadi kegemaran ramai orang terutama bila menjelang bulan puasa, kan?
Kalau dapat cari yang segar dan bersize besar, memang puaslah makan! selalunya nak yang segar, boleh dapatkan di pasar2 basah harian.. memang mudah dapat!

Mudah aje kerang rebus ni.. semua pun tahu kot.. ;-) cumanya mungkin tekniknya tu, ada kelainan sikit. Ada orang rebus kerang ni, rebus hanya dengan garam saja. Dan air dan kerang terus masukkan sekali masa nak merebus.. Itu boleh menyebabkan kerang tu kadang-kadang ada yang sukar nak dibuka..

Ok, ni yang saya buat bila nak rebus kerang. (chef2 kabir ignore jelah ye..hihii) ini untuk yang baru nak belajar2 masak je.. ;-)

Mula-mula, bersihkanlah kerang terlebih dahulu daripada warna kehitamannya tu.. boleh rendamkan bersama garam dan ramas2 atau guna berus khas. so, warnanya tu nampaklah cerah sikit.. hehe

Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Kemudian masukkan 2-3 batang serai, 2 inci halia dan bawang besar yang di sudah dibelah. Halia dan serai tu titikkan ye. Bagi harumannya mudah serap dalam kerang tadi masa merebus. Ok, panaskan hingga air mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya...

Dah mendidih, barulah masukkan kerang-kerang tadi.. X lama.. beberapa minit lepas tu, kerang dah masak.. ia cepat sebab kita masukkan selepas air dah mendidih tadi. :) ini yang saya belajar dgn abg ipar saya (chef) dulu lah..

ok, dah siap, bolehlah makan dan cicah bersama kicap+sos cili atau sambal kicapnya.. !

Peria Goreng Tempoyak


Bahan-Bahan:

- 1 batang peria besar (dipotong halus sedikit)
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 5-8 biji cili api @ besar (ikut selera pedas masing2)
- 2 sudu besar tempoyak
- 5 biji tomato ceri -dibelah 2
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- serbuk perencah hilal (optional)


Cara-Cara:
- kisar bawang2, tempoyak dan cili api bersama
- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan2 kisar tadi
- biar naik bau, masukkan sedikit air
- masukkan peria tadi
- kacau.
- perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perencah Hilal
- biarkan hingga mendidih, masukkan tomato ceri. tutup api
- siap untuk dihidangkan! makan bersama nasi panas! (sapa suka peria, sukalah kot) hehe


Note: orang kata awet muda makan peria ni... pahit2, tapi banyak khasiatnya! tips nak kurangkan rasa pahit, lepas potong tu, rendamkan dahulu dengan air garam sebelum memasak. selamat mencuba!

Friday, November 11, 2011

Cekodok Mee


Bahan-bahan:

- 3 paket mee segera
- 1 biji bawang besar
- 1 ikat daun sup
- 3 biji telur
- secawan tepung gandum atau secukupnya
- sedikit garam dan perencah makanan (saya guna hilal)


Cara-Cara:
- mee segera direbus hingga masak (jgn terlalu lama)
- bawang di potong dadu kecil2
- begitu juga dengan daun sup, dipotong kecil
- pecahkan telur dalam mangkuk, bersama garam dan perencah tadi.
- kemudian campurkan kesemua bahan2 yg lain tadi. gaulkan rata.
- panaskan minyak dalam kuali
- gorengkanlah mee yang sudah dicampur-gaulkan tadi.. gunakan garfu untuk pintalkan (gulung kecil) untuk digoreng.
- buat hingga habis.
- ok, dah siap. boleh makan bersama pencicah mayonnaise + sos cili (optional) !
- selamat mencuba!


credit to kak ipar yang berikan resepi ini.. memang best! buat sarapan atau makan petang.. ^__^

Popular Posts

Carrot