Sunday, April 29, 2012
Thursday, April 12, 2012
Kuih Serabai
(kuahnya tu teragak cair sedikit) hihii..
Terasa ingin mencuba setelah menonton rancangan "Warung Kita" yg mana masa tu rancangan perjalanannya di Penang.. ;) dan buat search di internet..jumpa 2 blog ni: -mamafami.blogspot.com
-resepiraidah.blogspot.com
Terasa ingin mencuba setelah menonton rancangan "Warung Kita" yg mana masa tu rancangan perjalanannya di Penang.. ;) dan buat search di internet..jumpa 2 blog ni: -mamafami.blogspot.com
-resepiraidah.blogspot.com

Jom Buat!!
Bahan-Bahan:
- 500 gram tepung beras
- 300gm nasi ~ kisar bersama sedikit air sehingga hancur
- 1 1/2 biji kelapa ~ perah santan dengan air suam dan jadikan 1 liter
- 1 1/2 serbuk yis
- 3 sudu kecil garam atau secukup rasa
Kuah :
- 1 cawan gula perang
- 2 cawan santan
- Isi durian atau lempok secukupnya
- 2 helai daun pandan ~ disimpul/diikat
- Garam secukup rasa
Cara-Cara:
- Campurkan yis/baking soda dengan santan suam dan kacau sebati.
- Kemudian campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam. (kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara)- jgn terlalu cair..
- Kalau nak senang, masukkan ke dalam blender dan blend hingga hancur.
- Panaskan acuan serabai (acuan kuih cara) atau non stick pan dan sapukan sedikit minyak (saya guna ni)
- Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil. Buat sehingga habis adunan.
(saya buat 3 bulat2 kecil sekali dalam setiap kali masak dalam pan ^__^)
- Susun atas pinggan dan tuangkan sedikit kuahnya.. Jom makan! ;)

Friday, April 6, 2012
Peria Goreng Berlada Tempoyak
Kali ini kita olah sikit masakan untuk peria. Yang Pahit, Tapi banyak Khasiatnya! orang-orang tua kata, ubat awet muda... ;)
Ummi memang gemar makan peria.. sejak remaja dulu..mak selalu masak goreng berlada bersama telur. Pahit-pahit pun ummi makan juga.. sedap lah! Tapi hari ni ummi tukarkan dengan tempoyak! maklum.. stok tempoyak banyak lagi, yg dikirim dr Perak! :D
Tips: Ha, nak kurangkan kepahitannya tu, sebelum masak, kita rendam dulu dengan air garam... :)
Ok, Jom Masak!
Bahan-bahan:
- 2 biji peria size sederhana
- 1/2 biji bawang besar/3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 5 atau lebih biji cili api
- sedikit sos tiram
- 2 sudu besar tempoyak
- sedikit ikan bilis
- 1 keping asam keping
- garam dan gula secukup rasa
-sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:
- Blend atau tumbuk lumat bawang2 bersama cili api dan ikan bilis
- tumiskan atas kuali hingga naik bau
- Masukkan asam keping dan tempoyak. Kacau dan Ratakan
- Masukkan sos tiram sedikit.
- kemudian baru Masukkan peria. Kacau.
-(masukkan sedikit air jika perlu)
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukupnya
- Tutup sebentar dengan penutup kuali.
- Angkat, siap!
Monday, April 2, 2012
Sup Ringkas Sohun Cendawan
jenis masakan: Rebus
Bahan-Bahan:
- 1 paket wild cendawan
- 1 paket kecil so hun
- 1/2 biji bawang besar kuning @ bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- seikat daun sup
- bawang goreng secukupnya
- sedikit serbuk lada hitam
- 1 sudu besar sos tiram
- garam dan serbuk perasa (Hilal) -optional
- air secukupnya
Cara-Cara:
- Potong dadu bawang besar, bawang putih
- Masukkan dalam periukyg berisi air bersama serbuk lada hitam
- Didihkan
- Masukkan cendawan dan so hun
- Perasakan garam,serbuk perasa dan sos tiram
- Didihkan hingga masak
- Tutup api.
- Bubuh dalam mangkuk hidangan. taburkan daun sup dan bawang goreng.
- siap!

Tip Kurangkan Berat Badan Harian:
- Kurangkan pengambilan kanji dan Gula harian anda secara konsisten dan ditambahkan dengan sumber protein bagi meningkatkan kadar metabolisma badan seterusnya mampu memberi berat ideal anda! Jom amalkan pemakanan yang sihat! ^___^
Subscribe to:
Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Asal resepi ni ummi dapat dr majalah Saji tahun lepas tetapi ummi olah sikit, tambah guna susu pekat manis ^^. Anak2 suka makanlah.. hehe.....
-
Bahan-Bahan: - Kacang Buncis (dihiris) - Cauliflower (Kobis Bunga- dihiris) - Lobak Merah - 1 kuntum bunga Kantan (dibelah nipis) - 4@2 biji...
-
Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang b...
-
salam sejahtera semua... Kali ni ummi nak share masakan kesihatan... ia juga baik untuk dijadikan sebagai makanan ketika berpantang buat ib...
-
Mee Jawa ni pada ummi, actually lebih kurang je dengan bahan dan cara masaknya dgn Mee Rebus, cuma ada beberapa tambahan bahan lain. ...
-
Alhamdulillah... ummi dah siapkan menu untuk berbuka arini.. Kerabu Pucuk Paku yang umi dapat idea nak masak dari ahli group di Resepi...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
salam bahagia semua.. kali ini saya masukkan pula resipi salah satu masakan tradisional arab jordan iaitu Mansaf. memang favourite kebanyaka...
-
Salam mesra Semua, Hari ini malas lagi nak update menu baru... huhu Tapi saya cuma nak hebahkan dari Chef Hairul tentang CD Panduan Buat Rot...











