Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, June 20, 2012

Rahsia Roti Canai & Murtabak

Salam mesra Semua,

Hari ini malas lagi nak update menu baru... huhu

Tapi saya cuma nak hebahkan dari Chef Hairul tentang CD Panduan Buat Roti Canai & Murtabak beliau ni.



Ok, Tahukah anda makanan yang paling digemari
ramai. Yang paling mendapat sambutan tidak
mengira kaum jantina dan usia. Tentunya Roti
Canai dan murtabak.


Roti canai dan murtabak amat digemari tidak
kira pagi, petang dan malam. Permintaannya
cukup dan cukup tinggi di kalangan rakyat
malaysia. Inilah perniagaan yang paling
menguntungkan dan tidak pernah surut.

Anda cukup bertuah, kini anda boleh membuatnya
sehebat kedai mamak. Anda boleh belajar tanpa
susah-susah pergi ke kursus yang mahal-mahal
tu. Kini anda boleh belajar dengan DVD video
intertaktif step by step dengan harga yang
cukup murah.


Ada 8 modul di dalamnya

MODUL 1 : MEMBUAT ROTI CANAI ORIGINAL
MODUL 2 : TEKNIK MENEBAR ROTI CANAI
MODUL 3 : MENGENDALIKAN MESIN PENGULI
MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA ROTI CANAI
MODUL 5 : MEMBUAT ROTI CANAI SEGERA
MODUL 6 : MEMBUAT ANEKA MARTABAK
MODUL 7 : PENGIRAAN KOS ROTI CANAI
MODUL 8 : MEMBUAT KUAH ROTI CANAI

Apa yang menarik, modul dalam bentuk
video intraktif step by step. Memang
gerenti pandai.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman
web dibawah:

http://www.resepiroticanai.com/

Thursday, June 14, 2012

Sotong Masak Serai


Ok, hari ni masak masakan sempoi juga seperti biasa. Sotong Masak Serai. Idea ni dapat daripada seorang kawan sekuliah di uia dulu, Puan Siti Selihah. Tapi biasalah, saya ubah2 sikit mengikut selera saya ;) Selalu kita buat masak sambal, kari atau goreng je kan... arini saya tertarik nak cuba buat menu ni. Rebus je. Sihat! :)

Bahan-Bahan: [bergantung byk mana sotong yg nak dimasak]
- 1/2 kg sotong
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 keping asam (optional-nak bg hilang rasa hanyirnya)
- beberapa biji cili api (optional)
- satu sudu makan sos tiram @ kicap (optional)
- garam dan gula secukup rasa
- air secukupnya

Cara Penyediaan:

- Sotong dibersihkan, dipotong kecil
- Masukkan ke dalam periuk yang berisi air (secukupnya)
- Bawang merah dan bawang putih ditumbuk lumat
- Masukkan ke dalam periuk berisi sotong tadi
- Masakkan di atas api
- Masukkan serai, asam keping dan cili api ( saya x potong, masuk sebiji-sebiji)
- Kemudian masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa
- Masak hingga mendidih dan sotong empuk. Masak sotong tak perlu lama, sebab kalau lama sangat, nanti isi sotong akan jadi keras.
- siap!










Wednesday, June 13, 2012

Tauhu Sumbat

Tauhu Sumbat! owh.. lama betul tak makan... Bila dah nak masuk bulan ramadhan ni, tekak ni terasa sangat nak makan pulak.. hehe.. 'mode' puasa dh datang... ;) Selalu kan time2 puasa banyak tauhu sumbat ni dijual...

Simple dan modal sikit je nak buatnya! Cuma bahagian pencicahnya je, kena rajin buat. itu pun kalau yang suka nak makannya bersama kuah kacang! Nak mudah, cicah je dengan sos cili! ye tak? hihii


Bahan-Bahan:

- 4 keping tauhu
- taugeh
- lobak
- timun
- sedikit garam

Cara penyediaan:
- Tauhu di gaul sedikit dengan garam
- Kemudian digoreng dengan api yang sederhana sehingga warna keperangan.
- toskan dan barkan sejuk dahulu
- sementara itu, sagat atau potong halus lobak dan timun (memanjang)
- Taugeh dicelur dengan air panas sebentar
- satukan lobak, taugeh dan timun. gaulkan rata.Link- potong tauhu persegi dan belah ditengahnya
- kemudian akhir sekali sumbatkanlah isian tadi dengan kemas
- Siap!

Untuk bahan cicah bagi yg suka makan dengan kuah kacang, boleh refer resepi saya yang dulu di SINI.


*Boleh lihat juga resepi seperti ini di Laman tiffinbiru.com





>>>>>>>>>>>>>>

Tuesday, June 12, 2012

Teladani Cara Makan Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum wrt & Salam ceria semua..

Ok, sesekala kita rehat dengan makanan rohani ye. Jom kita Ingat balik akan Cara makan Rasulullah SAW yang sebaiknya demi kesihatan diri kita. Nampaknya kena tepek di meja makan atau dapur kita agar kita tak lupa dan boleh terus ikut cara makan baginda Rasulullah SAW . ^____^

*Credit to Abudzakwan (FB)

























Sambil tu mari luangkan sedikit masa di Laman Buku Kami : ZidnaILMA



















Monday, June 11, 2012

Ikan Tilapia Asam Merah Tempoyak


Bahan-Bahan:
- 2 ekor ikan Tilapia merah (dibersihkan dan dibelah 2)
- 1 biji bawnag besar kuning
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan cili kering kisar @ cili boh
- 4 sudu makan tempoyak
- sedikit halia
- sekeping asam keping
- serai
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
-air secukupnya
- serbuk perencah (optional)


Cara Penyediaan:
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia.
- Tumiskan di dalam periuk hingga naik wangi
-masukkan cili kisar tadi
-ratakan dan biar naik minyak
-Masukkan serai, asam keping dan tempoyak
-Masukkan gula
-Kacau rata dan masukkan air secukupnya
-Masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan bahan serbuk perencah (saya guna Perencah hilal) x guna pun xpe..
- Kacau sebentar dan biarkan hingga ianya mendidih dan masak.
- Siap!




p/s: Pengunjung di jemput datang ke Laman Kedai Buku Online kami dan juga FB Page kami. ~Ke Arah Masyarakat yg Berilmu, Celik Minda, insyaAllah! ~

Nyatakan Sokongan Anda! Jazakumullah!





Popular Posts

Carrot