Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, January 31, 2012

Kerabu Seafood


Kerabu memang menjadi kegemaran saya.. apa2 kerabulah.. ^___^

nak buat kerabu seafood ni memang dah lama.. jadi, saya cari2lah pelbagai resepi dari beberapa sumber..majalah, internet.. maka, saya pun cuba buat sendiri..tapi saya ni jenis suka meng'innovate'kan dalam masakan saya mengikut selera saya dan keluarga..hehe...

Dalam kerabu ni, saya suka memper'kaya'kannya dengan ulam-ulamannya.. ;-)
Ok, Jom buat!

Bahan-bahan:
- 1/2 kg udang (dibersihkan, direbus sebentardan dibuang kulit)
- 5 atau lebih ekor sotong (size besar) - sama juga dibersihkan, direbus 5 minit dan dipotong)
- 3 sudu sos ikan
- 2-3 biji lemon (jus perahan)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
- 1 biji bawang besar (dipotong halus)
- 2 batang serai (dikerat halus)
- 1/4 biji nenas (dipotong halus memanjang)
- 1 biji tomato (buang biji dan mayang halus)
- 1 biji lobak (mayang memanjang)
- 1/2 biji timun (dimayang memanjang)
- 5 biji cili api (potong kecil)
- 2 biji cili merah (dipotong kecil)
- 2 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
- 1 sudu makan gula (atau secukup rasa)
- sedikit daun ketumbar @sup@daun bawang(klu xde)

Cara-Cara:
- Satukan kesemua bahan dalam mangkuk
- Gaulkan rata dan seimbangkan rasanya
- Bila rasa dah sesuai ikut selera anda, siaplah! mudah je,kan?
lagi puas dinikmati buat sendiri berbanding makan di luar! tapi harus diingat ye, udang (seafood) mempunyai tahap kolestrol yg tinggi juga. Maka, jarang2kanlah mengambilnya... ^__^

selamat mencuba!




note: kawan2 boleh juga tambah kacang panjang, kacang tanah atau sedikit belacan untuk menambah rasanya lagi.. (bahan-bahan ni xde di rumah masa ni..hehe)

boleh juga rujuk sini >> Blogwana






<< Nak rasa Mee Bandung Odeon? Rasa Sekali, Pasti Teringin Lagi!! Klik SINI, tempah dengan Encik Elyas>>





Wednesday, January 18, 2012

Nasi Air (Bubur Nasi Ayam)



Bahan-Bahan:
- 1/2 ayam dipotong 3(dibersihkan)
- 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 1 sudu serbuk lada hitam (yg ditumbuk kasar)
- 1 biji bawang besar (dimayang)
- air secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis
- 1 sup bunjut
- rempah 4 sekawan (kayu manis (1),bunga lawang(1),biji pelaga(4), cengkih (2)
- garam secukup rasa

Bahan Nasi:
- 3 cawan beras (dibasuh dan direndam sebentar dgn air minum)
- daun pandan
- sedikit garam (bg ada rasa sikit je)
- 6 atau lebih bekas air (ikut jenis beras)




Cara-Cara:
- tumis bawang putih dan lada hitam hingga naik bau
- masukkan sup bunjut dan air
- masukkan rempah 4 sekawan dan bawang besar
- mendidih, masukkan ayam, perasakan garam
- tunggu hingga ayam empuk, angkat ayam. asingkan dan carik2an.

ulaman:
- daun sup atau daun bawang (dipotong halus)
- lobak masin (potong kecil2)
- ikan bilis (digoreng rangup)
- sambal kicap (cili api + 2 biji bawang putih + kicap + sedikit gula)

Nasi:
- tanak eperti biasa hingga dapat nasi yg betul2 lembik. opps, jangan lupa daun pandan masukkan bersama.. bagi wangi.. ^___^

ok, dah siap. makan tengah hangat, sangat syok!
(mencari selera lain..asyik makan nasi putih dgn lauk sayur je..)








Wednesday, January 11, 2012

Ayam Singgang Tempoyak Ummi



Bahan-bahan:

- Setengah ekor ayam
- 1-2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3 sudu besar tempoyak
- 2 inci kunyit hidup
- 5 biji cili api
- sedikit halia
- 2 batang serai (dititik)
- 2 keping asam keping
- 1 sudu gula
- garam secukup rasa
- air secukupnya




Cara-Cara:
- Potong ayam mengikut selera masing dan bersihkan
- Blend bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, cili api bersama dengan tompayak
- Masukkan ayam dan bahan kisar dalam periuk
- gaulkan rata. masukkan lagi air secukupnya
- masak atas api dan tunggu mendidih
-masukkan asam keping,serai. Perasakan garam dan gula.
- Tunggu ayam empuk, tutup api. Siap!



Note: Rahsia ayam? ha..kali ni umi guna Ayam Radix Organik HPA.. erm..rasanya memang fresh sekali! seakan2 ayam kampung lak..kenyal2 dagingnya tapi empuk! anda dah cuba..? mencari yg halal itu fardhu buat kita org Islam.. Dengan ayam Organik, tiada lagi ragu, insyaAllah halalan toiyiban! (^____^)





Tuesday, January 10, 2012

Suka makan Roti..??

Panduan Lengkap Pakar Roti

AsSalam...

Diharapkan anda sihat dan ceria di samping dengan keluarga tersayang. hari ini umi tak buat upadte resepi baru lagi.. Ada dah resepinya tu..oleh sebab ada masalah sikit dengan upload gambar dek software ni tengah problem sikit, maka arini umi nak share something apa yang umi dapat arini.. sedikit info lah... Daripada Pakar Roti SweetBun, Bro. Mawfiz..

"Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda telah mempunyai anak? ataupun anda suka makan roti? kebiasaannya kanan-kanak suka makan roti, kerana rasanya yang lazat.

Tetapi baru-baru ini saya terbaca satu kenyataan yang berbunyi..

"92% roti dalam pasaran mengandungi bahan kimia berlebihan daripada had yang dibenarkan termasuk bahan lain yang meragukan.…kenyataan ini dipetik daripada PersatuanPengguna Pulau Pinang [CAP]

Tidak hairanlah roti kat kedai tu sedap, lembut dan gebu. Rupanya banyak bahan kimia yang digunakan..

kenyataan akhbar juga ada menyebut terdapat berus dari bulu babi yang diambil dari kedai menjual kek dan roti; [Berita Harian, Isnin; 1 Disember 2008]

daripada kenyataan ini,baru saya tahu yang roti kat kedai kebanyakannya tidak selamat untuk dimakan..so apa yang saya perlu lakukan? saya sangat meminati roti.

Oleh itu, saya telah belajar untuk membuat roti sendiri. Jadi, saya lebih yakin dengan status roti yang saya buat. Tambahan pula boleh makan roti dengan sepuas-puasnya.

Diharap perkongsian ini dapat memberi anda sedikit maklumat dan anda dapat mengambil langkah positif untuk membuat roti sendiri..


"segalanya tentang roti"


Ikhlas,

Pakar Roti SweetBun

http://bit.ly/sweetbun

Monday, January 2, 2012

Sambal Tempe




Bahan-Bahan:
- 3 keping tempe (dibelah dadu)
- 10 keping cili kering (direbus sebentar dan ditoskan)
- 1 keping asam keping
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu makan gula
- sedikit minyak untuk menumis
- garam secukup rasa
- sedikit halia


Cara-Cara:
- Tempe digoreng terlebih dahulu
- ketepikan
- bawang besar, bawang putih, halia, cili kering diblend bersama
- tumiskan hingga naik minyak
- masukkan asam keping dan gula. kacau
- masukkan garam dan perasakan
- setelah itu, masukkan tempe dan gaul rata.. sambal biar kering sedikit, dan tutup api.
- siap!









>>>Jom Dapatkan Produk Set Al-Quran Digital Terkini Dengan Harga Paling Rendah!!>>>

Popular Posts

Carrot