Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, December 21, 2010

:: Murtabak Roti Sardin ::


Resipi ini ummi dapat idea dari teman sekuliah ummi waktu di uia dulu, nik zakuan.. Resepinya menggunakan biskut marry @ jacob's tapi ummi gunakan roti yg mana sedia maklum, negara arab ni makanan asasinya adalah roti..! so, roti banyak, ummi gunakan apa yang ada saja.. ;) untuk yang ummi buat ni, ummi masukkan saja apa bahan yang ada di rumah. ",)

sardin pula ummi beli di pasar raya terdekat ni saja.. barang import dari filipina (ada cop halal bhgn jabatan islam sana) huhu..

ok, jom mula masak!


Bahan:
- satu biji bawang besar dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 2 tin kecil sardin
- 2 sudu besar serbuk kari
- 1 tangkai daun bawang dihiris kecil
- roti secukupnya
- 5 biji telur (dipukul sebati)
- susu cair secukupnya untuk celup roti
- garam dan gula secukupnya


Cara-Cara:
- sapukan loyang sedikit minyak atau butter
- roti dipotong sederhana kecil dan celup ke dalam susu cair tadi (asal lembab saja, x perlu byk)
- tumiskan bawang besar, bawang putih, serbuk kari. masukkan sardin dan hancur2kan..masukkan hirisan daun bawang (optional). jika perlu,masukkan sedikit air agar tidak kering tumisannya. perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- susun roti atas loyang.
-masukkan pula bahan tumis tadi..ratakan
-pecahan telur dan taburkan atas sekali
- bakar di dalam oven lebih kurang 30 minit pada suhu 120 atau sehingga ianya masak
- sejukkan sebentar, then boleh dipotong2 dan dihidangkan.. nak mkan panas2 lagi best!!

Sunday, December 5, 2010

Kambing Masak Tomato

Salam semua...
alhamdulillah ummi try satu resipi baru hasil carian di internet.. resepi untuk daging kambing.. selalu buat sup atau kari saja.. boring pulak.. nak cuba buat resepi lain untuk daging kambing.. Ummi terjumpa satu resepi baru istimewa ni oleh koleksi resepi pak long.. menggunakan bahan kari+kurma+tomato puree.. memang berlainan rasanya tapi sedappp... :) selamat mencuba!


Kambing Masak Tomato Istimewa


Bahan-Bahan:
500 gm Daging Kambing (dipotong dadu)
1 s/b Serbuk Kari
1 s/b Serbuk Kurma
1/2 s/b Serbuk Cili (saya tak masukkan)
9 s/b Sos Tomato (atau 5 s/b tomato puri)
1 biji Bawang Besar - atau 5 biji Bawang merah (dicincang)
3 ulas Bawang Putih (dicincang)
1 inci Halia (dicincang)
1 biji Kentang (dipotong 8) (saya tak masukkan)
1 helai Daun Pandan
1 inci Kayu Manis
3 biji Buah Belaja
1 biji Bunga Lawang
3 biji Bunga Cengkih
7 s/b Minyak Masak
500 ml Air Kosong
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan daun pandan.
  2. Tumiskan halia, bawang puting dan bawang besar. Kemudian masukkan kayu manis, buah belaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk kari serta serbuk kurma. Campurkan sedikit air. Masakkan sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daging kambing dan gaul sehingga rata. Campurkan sos tomato dan sedikit garam. Tuangkan 100 ml air dan gaul. Tutup kuali dan biarkan selama 10 minit.
  5. Masukkan kentang dan tambahkan lagi 200 ml air. Gaul dan biarkan selama 20 minit atau sehingga daging dan kentang empuk.
note: gambar masakan x sempat nak snap.. huhu..

Friday, October 29, 2010

Ulam Halia Ikan Bilis


Khas utk pemakanan orang berpantang selepas bersalin..
untuk membuang angin dan memanaskan badan..
baik dimakan diawal2 pantang.. bersama nasi putih panas..








Bahan-bahan:
- Ikan Bilis
- Halia di hiris halus kecil2
- Lada Hitam tumbuk

Cara-Cara:
- Ikan Bilis dibasuh terlebih dahulu.
- Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali (atau sangai lbh kurang)
- Dah agak kering, masukkan Hirisan Halia dan Lada Hitam tadi.
- Gaulkan sekali rata. Dah kering semua bahan, angkat.

note: kuantiti bahan mengikut selera sendiri ;)

Saturday, September 4, 2010

Keropok Lekor Perantau

Bismillahirrahmanirrahim....

Ha, umi nk kongsi resepi keropok lekor lak.. punyalah umi mengidam nak makan sejak pregnant ni... lamanya x makan sejak duk merantau ni... jadi nak makan, semua pun kena buat sendiri..kena cari inisiatif sendiri.. :)

ok, jom buat keropok lekor jordan! heh

Bahan-Bahan: (boleh dpt dlm 25-30 biji keropok)
- 4 ekor ikan makarel
- 250gm tepung ubi@ tepung sagu lagi baik
(kuantiti tepung depend pada kuantiti isi ikan dan dibuat doh)
- sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa saja

Cara-cara:
- Ikan dibasuh bersih, dibuang kepala dan direbus 5 minit (x payah lama2, nak isi ikan x lembik sgt)
- amik isi ikan
- tumbuk lumat atau hancur2kan
- masukkan garam dan serbuk perasa tadi
- gaulkan bersama tepung dan uli sehingga jadi doh
- ambil sedikit doh then uli bentuk panjang (bentuk biasa keropok lekor)
- siap bentuk, bolehlah digoreng terus dengan api sederhana. biar dalamnya masak.

Note: memang nampak macam keras tapi bila makan, dalamnya lembut saja ;)

selamat mencuba!!

Tuesday, July 27, 2010

Puding Roti Ber'cheese'



Idea resipi ini dari myresipi.com by Hanis. Cume umi buat sedikit modification, ikut citarasa sendiri ;)


Bahan-bahan:

-Beberapa keping roti @ atau yang secukupnya mengikut muat loyang
-500ml susu segar@setengah kotak susu full krim
-3 biji telur
-1 cawan gula@ secukupnya
-1 sudu besar tepung kastard
-cheese parut secukupnya
- kismis
-sedikit mentega @ butter


Cara-cara:

- loyang disapu dengan mentega atau butter
- Susun kepingan roti yg telah dipotong halus dalam loyang
- taburkan kismis atas roti
- Pukul telur bersama gula hingga kembang
- susu panaskan sedikit atas dapur (jgn sampai mendidih)
- Campurkan ke dalam bahan telur+gula tadi
- masukkan pula tepung kastad, kacau hingga rata
- kemudian tuang campuran ke atas roti tadi
- biarkan roti kembang seketika
- Panaskan dalam oven : suhu 180 selama 20-30 minit.
- 5 minit sebelum masak, taburkan cheese parut atasnya
- Siap. biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Thursday, July 22, 2010

Bubur Nasi Ummi

Menu kesihatan

BUBUR NASI UMMI



Bahan-bahan:
- beras 2 pot
- air 5 cawan @ secukupnya
- beberapa potong daging ayam
- 1 piring ikan bilis @ lebih
- 1 biji bawang besar @ 4 biji bawang merah (dihiris)
- sayur sawi
- 1 biji carrot (dipotong dadu)
- Garam @ sos ikan secukup rasa
- sedikit perencah masakan (umi guna perencah hilal) - optional


cara-cara:
- Basuh beras dan masakkan dalam periuk
- Dah menggelegak, masukkan ayam
- kemudian masukkan carrot td
- di dalam kuali lain, goreng ikan bilis, kemudian masukkan sekali bawang bersama.
- goreng hingga garing
- dah garing masukkan sekali ke dalam periuk bubur tadi
- kacau rata, masukkan sayur sawi, garam atau sos ikan secukupnya.
- siap

Wednesday, July 14, 2010

Ayam Singgang

salam sejahtera semua...

Kali ni ummi nak share masakan kesihatan... ia juga baik untuk dijadikan sebagai makanan ketika berpantang buat ibu2 selepas bersalin :) idea asal umi baca dari resipi daging singgang ala kelantan dari majalah favourite ummi, Rasa.. ;) dek kerana teringin nk makan singgang bersama sambal budu, umi masaklah ayam yg ada ni untuk dibuatkan singgang! hehe


Bahan-bahan:
- beberapa potong ayam (size ikut suka)- kecil sesuai
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
- sedikit Lengkuas ( dihiris halus)
- sedikit halia (dihiris halus)
- satu sudu ketumbar (tumbuk kasar)
- 2 keping lada kering ( dikerat 3) - lebih pun xpe kalu nak pedas
- 2 asam keping
- 1 liter air
- gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
- Rebus air dalam periuk
- Masukkan ayam, bawang putih, lengkuas, halia, cili kering, ketumbar, asam keping
- Dah nak masak, masukkan bawang merah dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya
- biarkan mendidih lagi hingga ayam sudah masak. siap!

p/s: singgang boleh ganti ayam dengan daging dan ikan ;)
- ditambah makan bersama sambal budu... sangat lazizzz, heh!! ;)

Sunday, June 6, 2010

Soto Ayam

antara masakan favourite ummi.. salah satu masakan org2 jawa.. :)




Bahan-bahan (sup ayam):
- seekor ayam di potong 4
- 4 Ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 2 biji bawang besar (dipotong atau diblend sekali)
- 1 ulas kayu manis
- 3 ulas bunga lawang
- 5 biji buah pelaga
- sedikit bunga cengkih (optional)
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan hitam
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- air (kuantiti mengikut saiz periuk (medium)
- sedikit minyak untuk menumis

Bahan Nasi Impit:
- boleh rujuk di sini... :)

Bahan Tambahan:
- So Hon di goreng
- kacang tanah digoreng
- Daun sup atau daun bawang atau daun ketumbar ikut selera
- Taugeh
- ayam yg diracik
- sambal kicap
- bawang goreng

Cara-cara (sup):
- Tumbuk / Blend lumat bawang putih, lengkuas, halia dan serai. Boleh kalau nak blend sekali bawang besar (ikut suka). saya suka dipotong2 saja.
- Tumiskan bersama dengan sedikit minyak bersama jintan2, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
- naik bau, masukkan air
- Masukkan ayam. masak hingga ayam masak
- perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa(optional) saya guna serbuk hilal ;)
- Keluarkan ayam. Biarkan sejuk seketika kemudian racik2 isinya...

Ok, siap.
Dah boleh makan bersama nasi impit dan bahan-bahan tambahan tadi.. :D

Tips: untuk buat bawang goreng rangup tahan lama:
- Bawang yg sudah di potong halus digaulkan bersama tepung beras@tepung gandum. Dan goreng hingga warnanya keperangan.. :)

Wednesday, April 14, 2010

Mee Tom Yam Cina

Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang biasa kita makan. Resipi umi baru cuba je setelah mendapatkannya dari majalah Rasa kegemaran umi keluaran februari 2010 yang berkongsi resipi dari Masakan Baba dan Nyonya :) Kalau dalam resipi tersebut, mengenakan Bihun TomYam seafood, Umi pula seperti biasa menukarkannya sedikit tanpa ubah perasa asalnya. Umi cuma guna udang dan tambah daging serta ayam sikit. Kat sini terlalu mahal nak dapatkan makanan seafood fresh, jadi umi cuma gunakan udang Mujammad (beku). ;)

Bahan A:
- 3 sudu besar pes tom yam
- 1 batang serai di titik
- beberapa helai daun limau purut
- sedikit lengkuas (umi guna yg kering yg di bawa dr msia)
- 1 biji bawang besar di hiris
- Cendawan butang dalam Tin (kalau yg segar lagi bagus)
- 1 batang carrot @ lebih dipotong panjang
- cili api (ikut suka)
- Daging yg dipotong kecil
- daging ayam yang dipotong kecil
- Udang

Bahan B:
- Sos Ikan (ikut kuantiti kuah)
- air limau nipis @ lemon
- serbuk ayam
- 1 cawan susu cair
- 1@ 2 biji tomato dipotong 4

Cara-Cara:
- Panaskan air dalam periuk
- kemudian masukkan semua bahan A (seeloknya masukkan dahulu daging, dah agak empuk baru masukkan ayam dan udang)
- Biarkan hingga mendidih dan perasakan dengan sos ikan, serbuk ayam (kalu suka) serta air limau dan tomato.
- didihkan hingga masak
- Tutup api. Bolehlah masukkan susu cair tadi dan kacau hingga rata.
- Bolehlah dihidangkan dengan Mee @ spagetti dan taburkan bersama daun keumbar atau daun bawang. =)

Trylah.. rasanya sedikit kelainan tapi best juga.. :D

Tuesday, April 6, 2010

Kaswi

Resipi yang umi ambil dari salah satu laman web masakan pilihan umi tapi umi ada tambah kurangkan dalam bahan2nya berdasarkan apa yang umi teliti ketika mencubanya sendiri. Dan juga bahan2nya apa yang umi ada di sini. ;)

Bahan A:
- 4 cawan air
- 1 cawan gula pasir
- 1/2 cawan gula merah@gula melaka - umi guna gula merah biasa je
- daun pandan - yg ada di bawa dari malaysia, kalu xde blh guna perasa pandan sikit, xde pn xpe.

Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi@tapioca
- sesudu kapur makan- bw dr malaysia

Note: - cawan tu, umi guna satu saiz jenis cawan je untuk semua sukatan
- boleh tambah gula kalau rasa bancuhan kurang manis

Cara-Cara:
- panaskan pengukus sementara nak bancuh bahan2 tadi
- sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan diletak bancuhan sebelum di kukus
- campurkan semua bahan2 dalam satu bekas
- kacau rata
- tapiskan ke dalam loyang tadi
- kukus hingga 30 minit atau sehingga masak
- biarkan sejuk, barulah dipotong

- selamat mencuba! :)

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Assalamu'alaikum wrt..
Setelah sekian lama umi x updatekan blog ni.. ada je resepi tp banyak yg tertunda.. insyaAllah ada masa lagi berkesempatan, umi tambah resipi yg boleh dikongsikan.. :)

Kali ni nak berkongsi tentang tips amalan cara makan yang sihat yang umi dapat dari email salah seorang ahli yahoogroups.. :)

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya "BismilLah" dan menyudahi dengan "AlhamdulilLah" . Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..

Sekiranya anda mampu mengamalkan perkara diatas, Alhamdulillah. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TELAH MENUNAIKAN KEWAJIBAN IAITU MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH SWT.

Popular Posts

Carrot