Alhamdulillah.... hari ni kita cuba bakar Pizza pula.. Pizza Mushroom yg sempoi pastinya. Mudah dan cepat! InsyaAllah.
Ummi seperti biasa, hanya bakar pizza ni menggunakan
Pemanggang Ajaib saja. Variasi Masakan dalam 1 Alatan! heheh..
Ok jom buat Doh dahulu:
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil Yis
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil gula
- 2 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayuran (ummi x cukup minyak zaitun, jadi campur sikit dengan minyak masak saji) ;)
- 1/2 cawan air suam
Untuk Sos/bahan Topping:
- Sos Spagetti cendawan (optional)
- cendawan shitake/ cendawan butang dalam tin (potong kecil)
- Daging Kisar ( disangai atau digoreng tanpa minyak terlebih dahulu bersama serbuk oregano dan serbuk lada hitam)
- Sosej ayam (direbus dan dipotong halus)
- Cheese Mozzarella
Note:
optional untuk kawan-kawan nak topping kan apa atas pizza tu, ikut kegemaran masing-masing)
Dah siap.. ^__^
Cara-Cara:
(adunan tersebut boleh dapat untuk buat 2 biji pizza menggunakan pemanggang ajaib ni.
- satukan tepung, yis, gula dan garam dalam 1 bekas. Gaul ratakan.
- Masukkan minyak zaitun. ratakan lagi.
- Masukkan pula air dan uli hingga jadi doh yg bentuk elastik. x lembik, x keras ye :)
- biarkan seketika doh mengembang (tutup bekas)
- Apabila doh dah naik, tumbuk2 sedikit bagi udara dalamnya keluar ;)
- Canaikan doh ke dalam pemanggang setebal lebih kurang 2cm. ummi buat nipis je. nak bagi crunchy sikit :)
- Biarkan seketika hingga doh naik sekali lg.
- Kemudian boleh sapukan sos pizza. (umi guna sos spagetti cendawan je, apa yg ada kt dapur. ;))
- Taburkan pula daging cincang yg telah siap disangai atau digoreng tanpa minyak bersama serbuk oregano dan sedikit serbuk lada hitam.
- Taburkan pula sosej. Dan Cendawan butang atau shitake. (potong halus)
- Tambahan: Kawan-kawan boleh juga masukkan
nenas,
cili benggala merah atau
sos cili untuk rasa yg lebih enak! (ummi sempoi je, guna bahan yg ada kat rumah, next time cuba, boleh buat beria-beria sikit. heh.. :D
- Ok akhir sekali Taburkanlah Cheese Mozzarella. Tutup pemanggang. Bakar dengan api yg sangat kecil. Dalam lebih kurang 20-30 minit dah siap.!
Note: (1) ummi buat roti gulung sosej untuk another part dari doh tu. macam gambar kat atas sekali tu. pizza mini pun boleh buat. Cubalah! Kalau kawan-kawan yang guna oven tu, bakarnya macam biasalah. (ummi xde oven, jadi x tahu berapa suhu nak guna untuk oven. tapi yang pastinya, suhunya rendah saja ye ;)
(2) Untuk banyak pilihan pizza, boleh tinjau2 laman
MyResepi ye. Banyak kat situ. ^^