Subscribe:

Ads 468x60px

Wednesday, December 21, 2011

Sotong Masak Lemak Putih


Idea nak masak sotong lemakputih ni lepas teringat beberapa tahun sebelum berangkat ke Jordan, saya pernah makannya di rumah salah seorang lecturer tempat saya belajar dulu.. :-) sebelum tu, saya memang tak pernah tahu sotong dimasak lemak camni.. ooo rupanya, sedap juga..hehe



Bahan-Bahan:
- 1/2 kg sotong yang siap dibersihkan dan dipotong kecil
- 1biji bawang besar (ditumbuk atau diblend)
- 4 ulas bawang putih
(ditumbuk atau diblend)
- sedikit halia (ditumbuk pecah)
- 1 kotak santan
- sedikit lada hitam tumbuk
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk perencah hilal (optional)
- air secukupnya


Cara-Cara:
- Masukkan santan,air, bawang2, halia dan lada hitam ke dalam periuk
- tunggu mendidih (dgn api kecil) agar santan tak pecah
- Masukkan sotong, garam gula secukup rasa
- perasakan dgn serbuk perencah hilal
- kacau perlahan hingga sotong masak
- siap
-ringkas, kan..? :-)








Link

Tuesday, December 6, 2011

Siakap Kukus Simple

salah satu menu dalam usaha mengurangkan pengambilan kolestrol ^__^



Bahan-Bahan:
- 1 ekor ikan siakap (dibersihkan dan dibelah dua)
- 3 sudu besar pes tom yam
- 5 biji tomato mini (dibelah 2)
- 2 batang serai (dipotong halus)
- 1 biji lemon
- 5 atau lebih cili api (dipotong kecil)
- 3 keping daun limau kasturi (dibelah)


Cara-Cara:
- panaskan pengukus
- satukan bahan-bahan di atas
- perahkan lemon
- gaul ratakan.
- masukkan sedikit ke dalam perut ikan
- selebihnya lumurkan di seluruh bahagian ikan
-masukkan ke dalam pengukus
- kukus hingga masak (lebih kurang 30 minit)
- siap dihidangkan!









Kawan saya ada menjual Pen Quran Digital dengan
harga yang amat murah dengan 50% lebih murah jika
dibandingkan dengan harga dikedai luar sana, dan ianya
berkualiti. sudah ramai yang memilikinya hanya dalam 2 minggu selepas pelancaran jualannya..!

Sila lihat tawarannya, klik di sini:>>




Sotong Sumbat Mee

kepelbagaian resepi menggunakan mee segera :-)


Bahan-Bahan:
- 5 atau lebih ekor sotong (kalau boleh yg besar)
- mee segera Tom Yam Adabi (optional-nak guna lain perisa mee pun boleh)
- 1 batang saderi (potong dadu kecil)
- sedikit marjerin atau minyak masak @ minyak zaitun
- lidi untuk cucuk sotong secukupnya



Cara-Cara:
- basuh sotong dan buang bahagian kepalanya
- mee segera direbus dahulu dan ditoskan.
- kemudian gaulkan dengan perencahnya
- gaulkan sekali bersama batang saderi tadi
- sumbatkan ke dalam sotong tadi. Jangan terlalu penuh sebab nanti ia akan terkeluar ketika dibakar
- cucuk lidi dihujungnya
- panaskan pan dengan marjerin atau minyak tadi
- susunkan sotong sumbat tadi atasnyadan bakar dengan api yg kecil hingga masak.
(kalau nak bakar dalam oven pun boleh)



Note: idea resepi dari hasil tontonan rancangan realiti MasterChef Malaysia...hehe.. saya godek2 sendiri ;-)

Cekodok Ikan Bilis Kentang Sadri




Bahan-Bahan: 5-6 org makan
- 1/2 kg tepung gandum
- 1 biji bawang besar kuning
- 1@2 batang saderi
- 2 biji kentang
- segenggam ikan bilis
- satu sudu kecil garam
- 1 sudu perencah hilal (serbuk perencah) - optional
- 1 biji telur
- 3-5 gelas air panas

Cara-Cara:
- bawang,batang saderi,kentang dipotong dadu kecil
- ikan bilis dibelah2 kecil
- masukkan tepung, bahan2 di atas dalam mangkuk
- pecahkan telur, masukkan garam serta perencah
- gaulkan rata.
- masukkan air panas sikit demi sedikit hingga adunan menjadi (tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat)
- sudah boleh menggoreng.


note: penggunaan air panas untuk memastikan pastur cekodok kita tu nanti tahan lembutnya lebih lama.. memang takkan keras :-) anak2 kecil pasti suka! ^__^







<< Dapatkan set Pen Al-Quran Digital dengan harga tawaran yang istimewa Di SINI!! >>

Sunday, December 4, 2011

Sup Tulang

Kali ni kita buat sup tulang tanpa gunakan serbuk rempah sup. Boleh pekat dan kow kuahnya..!


Bahan-Bahan:

- 1 kg Daging & Tulang Lembu
- 2 Biji Bawang besar
- 1 labu bawang putih
- sedikit lada hitam (tumbuk)
- sup bunjut
- 2 biji kentang (belah 4)
- 1 kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji cengkih
- 4 biji buah pelaga
- 2 inci halia
- sedikit minyak untuk menumis
- air secukupnya
- daun sup dan bawang goreng (hiasan)


Cara-Cara:
- Bawang Besar, bawang putih dikisar dan ditumis bersama lada hitam hingga naik bau.
- Masukkan kulit manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga serta serbuk perasa (optional)
- Masukkan daging @ tulang sup tadi. Kacau ratakan.Masukkan halia (pecahkan sikit)
- Masukkan air secukupnya.
- Masukkan sekali sup bunjut tadi.
- Biarkan mendidih. tutup periuk.
- Masukkan kentang tadi pula. Perasakan dengan garam secukup rasa serta sedikit gula bagi rasa imbangan sup tu.
- Didih hingga daging+tulang tu empuk (air akan berkurangan - boleh tambah jika mahu) kuah akan jadi sedikit pekat kerana hasil dari rebusan daging+tulang tu yg lama.
- Bila dah empuk (cucuk dengan garfu untuk tahu lembut atau belum), tutup api.
- masukkan dalam mangkuk.
- hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan bersama nasi putihdan sambal kicap! ^___^








<< Dapatkan Jualan Penghabisan Stok Jubah@Abaya Jordan Di SINI>>









Wednesday, November 30, 2011

Strawberry Whipped Cream

mode: baru blk bercuti di cameron highlands
bersama ahli family yg lain.. termasuk mak dan abah ummi.. :)




Bahan-bahan:
- 1 bekas strawberry (optional) ikut sukatan msg2
- Madu
- Whipped Cream


Cara-Cara:
- Hiris strawberry kepada beberapa keping
- Masukkan ke dalam bekas
- Tuangkan madu ke dalamnya... Nak lebih manis, tuang banyak sikit
- Then masukkan whipped cream yang dibeli siap di supermarket ;)
- Aturkan sedikit strawberry tadi atasnya serta curahan madu sikit...
- Dah boleh makan... rasa strawberry yg masam hilang apabila dimakan bersama madu dan whipped cream tadi.. rasa sweet je... hehe





Dapatkan Jubah Jordan Di SINI >>

Monday, November 21, 2011

Tiramisu Simple

Ok, semalam ummi sempat juga buat tiramisu yang dah lama ummi nak buat, tapi asyik tak buat-buat.. hehe... ummi dapat idea ni dari umi_e di myresepi.com yg femes tu :). Di sebabkan resepinya yang mudah dan simple, maka ummi amatlah berminat nak buat ikut yang resepi ni.. wah..nampaknya anak2 ummi tak sabar nak ngap! haha..

Jom Buat!

belahannya...

topping tepi x berapa cantik ye.. hihii.. baru nk belajar.. ;)

Bahan-bahan:
-1 biji sponge kek atau apa2 kek (ummi guna kek span pineapple)
-250ml whipping cream (guna yg dlm botol siap guna je)
-200ml cream cheese
-1/2 cawan gula halus
-1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
-1 sudu makan serbuk nescafe
-serbuk koko untuk hiasan

Cara-Cara:
-Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
-Satukan gula, cheese cream dan whipping cream
-Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
-Potong kek pada 3 bahagian
-Susun 1 bahagian atas bekas atau loyang
-Tuangkan rata 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
-Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
-Susun lagi bahagian yang selebihnya (ikut langkah atas)
-Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
-Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya..
- selamat menjamu selera! memang sedappp.. mudah aje.. :-) sekali buat, habis terus!haha.







LinkJom Beli Jubah..!
Di SINI

Tuesday, November 15, 2011

Itik Salai Masak Sambal Merah


Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :)

Bahan-Bahan:
- 1/2 kg itik yang telah disalai (saya beli di kuala pilah je, otw balik rumah dr kg di pahang.
- 2 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- sesudu besar sos tomato
- 10 biji cili kering (potong, basuh dan rendam sebentar dgn air panas)
- 1 keping asam keping
- gula dan garam secukupnya
- air secukupnya



Cara-Cara:
- itik salai ( kalau salai sendiri, bakarlah dgn arang batu tanpa itik tadi dibubuh apa2 bahan pun.
- kisarkan kesemua bawang, halia, cili kering.
- tumiskan ke dalam minyak hingga naik bau
- masukkan serai, asam keping dan sos tomato
- masukkan pula daging itik salai tadi yang sudah dipotong sederhana
- gaulkan rata
- masukkan air sedikit (daging itik ni agak liat sikit berbanding ayam, jadi perlukan air untuk didihkannya dan bagi daging tu lembut)
- perasakan gula dan garam secukupnya.
- try cucuk daging dgn garfu, kalau dah lembut, dah masaklah tu. ^__^


note: daging salai ni memang mempunyai kelainan pada rasanya.. nak tahu, cubalah! :-) boleh juga buat keli@sembilang salai, ayam salai ... erm, kalau balik kg di pahang, mesti singgah pilah beli itik salai nih!

Kerang Rebus


Menu ringkas yang menjadi kegemaran ramai orang terutama bila menjelang bulan puasa, kan?
Kalau dapat cari yang segar dan bersize besar, memang puaslah makan! selalunya nak yang segar, boleh dapatkan di pasar2 basah harian.. memang mudah dapat!

Mudah aje kerang rebus ni.. semua pun tahu kot.. ;-) cumanya mungkin tekniknya tu, ada kelainan sikit. Ada orang rebus kerang ni, rebus hanya dengan garam saja. Dan air dan kerang terus masukkan sekali masa nak merebus.. Itu boleh menyebabkan kerang tu kadang-kadang ada yang sukar nak dibuka..

Ok, ni yang saya buat bila nak rebus kerang. (chef2 kabir ignore jelah ye..hihii) ini untuk yang baru nak belajar2 masak je.. ;-)

Mula-mula, bersihkanlah kerang terlebih dahulu daripada warna kehitamannya tu.. boleh rendamkan bersama garam dan ramas2 atau guna berus khas. so, warnanya tu nampaklah cerah sikit.. hehe

Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Kemudian masukkan 2-3 batang serai, 2 inci halia dan bawang besar yang di sudah dibelah. Halia dan serai tu titikkan ye. Bagi harumannya mudah serap dalam kerang tadi masa merebus. Ok, panaskan hingga air mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya...

Dah mendidih, barulah masukkan kerang-kerang tadi.. X lama.. beberapa minit lepas tu, kerang dah masak.. ia cepat sebab kita masukkan selepas air dah mendidih tadi. :) ini yang saya belajar dgn abg ipar saya (chef) dulu lah..

ok, dah siap, bolehlah makan dan cicah bersama kicap+sos cili atau sambal kicapnya.. !

Peria Goreng Tempoyak


Bahan-Bahan:

- 1 batang peria besar (dipotong halus sedikit)
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 5-8 biji cili api @ besar (ikut selera pedas masing2)
- 2 sudu besar tempoyak
- 5 biji tomato ceri -dibelah 2
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
- serbuk perencah hilal (optional)


Cara-Cara:
- kisar bawang2, tempoyak dan cili api bersama
- panaskan minyak dalam kuali
- tumiskan bahan2 kisar tadi
- biar naik bau, masukkan sedikit air
- masukkan peria tadi
- kacau.
- perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perencah Hilal
- biarkan hingga mendidih, masukkan tomato ceri. tutup api
- siap untuk dihidangkan! makan bersama nasi panas! (sapa suka peria, sukalah kot) hehe


Note: orang kata awet muda makan peria ni... pahit2, tapi banyak khasiatnya! tips nak kurangkan rasa pahit, lepas potong tu, rendamkan dahulu dengan air garam sebelum memasak. selamat mencuba!

Friday, November 11, 2011

Cekodok Mee


Bahan-bahan:

- 3 paket mee segera
- 1 biji bawang besar
- 1 ikat daun sup
- 3 biji telur
- secawan tepung gandum atau secukupnya
- sedikit garam dan perencah makanan (saya guna hilal)


Cara-Cara:
- mee segera direbus hingga masak (jgn terlalu lama)
- bawang di potong dadu kecil2
- begitu juga dengan daun sup, dipotong kecil
- pecahkan telur dalam mangkuk, bersama garam dan perencah tadi.
- kemudian campurkan kesemua bahan2 yg lain tadi. gaulkan rata.
- panaskan minyak dalam kuali
- gorengkanlah mee yang sudah dicampur-gaulkan tadi.. gunakan garfu untuk pintalkan (gulung kecil) untuk digoreng.
- buat hingga habis.
- ok, dah siap. boleh makan bersama pencicah mayonnaise + sos cili (optional) !
- selamat mencuba!


credit to kak ipar yang berikan resepi ini.. memang best! buat sarapan atau makan petang.. ^__^

Monday, October 24, 2011

Spagetti Ummi


Bahan-bahan:
- satu paket spagetti
- satu paket daging hancur ramli atau ayam hancur ramli (option for brand ye) yg ptg halal
- satu tin cendawan bulat (dibelah nipis)
- 2 labu bawang besar (kuning) - di blend
- 1 labu bawang putih- di blend
- 1 tin tomato puree
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos cili (optional) kalau nk rs pedas sikit
- sedikit Italian Seasoning (blh didapati di supermarket)
- sedikit minyak untuk menumis
- garam, gula dan serbuk perasa secukupnya..

Cara-Cara:
- panaskan air didalam periuk.. tunggu mendidih, letak sedikit minyak then masukkan spagetti..rebus hingga lembut, masak.
- sementara itu, tumiskan dahulu bawang2 ke dalam periuk lain
- naik bau, masukkan serbuk perencah dan italian seasoning
- then masukkan daging hancur atau ayam hancur tadi. kacau dan biar lama sikit. kalau daging lambat sikit nk lembut. kalau boleh, bubuh air ikit agar tak hangit dan kering.
- masukkan pula tomato puree dan sos-sos tadi
- kacau rata. masukkan pula cendawan butang tadi.
- masukkan sedikit air secukupnya. jgn lebih, nanti kuahnya cair.
- perasakan dengan garam dan gula.
- tunggu didih, masaklah.siap!
- mudah kan? ;)
-

Monday, October 17, 2011

Ikan Sardin Gulai Ummi




Bahan-Bahan:


- 1 tin ikan sardin (pastikan ada halal-agromas, pertima etc)
- satu biji bawang besar (kuning) -dihiris
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 batang serai (dititik)
- beberapa biji cili api (tanpa hiris) *optional
- sedikit halia
- 1 keping asam keping
- 1 inci kulit kayu manis
- setengah kotak besar santan
- separuh biji nenas (dipotong sederhana)
- garam dan gula secukup rasa
- perencah hilal (optional)


Cara-Cara: (sempoi aje)

- Masukkan ke dalam periuk :bawang besar, bawang putig, ikan sardin, santan, kulit kayu manis, serai dan asam keping
- Masak dengan api yg sederhana.. agar santan tak pecah ye
- agak nak mendidih, maukkan pula nenas yg sudah siap dipotong tadi dan juga cili api.
- Perasakan garam, gula dan serbuk perencah hilal tadi..
- Biarkan hingga menggelegak.. Masak. siap!
- Mudah dan sempoi kan.??? hehee..





iklan: Jualan Rempah Mee Bandung Odeon batu pahat makin laku nampaknya....Alhamdulillah!! Jom lah kawan2 tempah sekarang! mmmm,dap!

Tuesday, October 4, 2011

Kerabu Mangga

gambar: kerabu mangga yg dibuat oleh kenalan kami, abu & ummu ammar


Bahan-bahan:

- 2 biji Mangga Muda
- 1 biji bawang besar (kuning)
- sepinggan kecil kacang tanah (digoreng minyak)
- sedikit belacan (digoreng minyak dahulu)
- segenggam ikan bilis (digoreng minyak)
- 5-10 biji cili api (ikut suka pedas x) - dipotong kecil2
- garam dan gula secukup rasa)
- sedikit perahan air lemon

Cara-cara:
- mangga di potong halus memanjang
- bawang dipotong halus bulat2 (optional nk wat cmne, asalkan halus)
- kacang tanah, belacan, ikan bilis dikisar satu2
- satukan semua bahan dalam mangkuk
- gaul rata dan perasakan dgn garam, gula dan lemon
- siap dah! enang je kan.? :-) masak sempoi2...






Iklan:
Menjana pendapatan sampingan sepanjang masa di SINI

Monday, September 19, 2011

Jom Belajar Buat Coklat dengan Kos yg Minimum!!


assalamu'alaikum wrt...



Hari ni ummi nak buat promosi iklan sikit untuk usahanita, Puan Shida...

Beliau adalah salah seorang contoh surirumah yang bekerja dari rumah yg berjaya!! Beliau berjaya mengembangkan bakat serta usaha beliau dalam perniagaan coklat hanya dari rumah!!

Dan kini beliau berkongsi rahsia-rahsia kejayaan beliau dalam satu pakej yang beliau buat dan memberi tunjuk ajar serta peluang hebat untuk individu di luar sana yang mempunyai minat yang sama untuk berjaya seperti beliau. Ternyata ramai yang sudah memilikinya dan sudah berjaya dalam bisnes home based ni! ya, beliau membongkarkan rahsia coklat buatan tangan hanya menggunakan kos yang minimum!!

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Memulakan Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Sekarang...

Anda boleh bermula dengan Kos dan risiko yang minimum.

Tiada Sijil dan Kelayakan diperlukan.

Menjana Kreativiti anda & Dapat duit daripadanya!

Bekerja Dari Rumah. Jadi Bos anda sendiri.

Kadar Keuntungan yang tinggi. Ia mencecah 300% daripada kos anda!

Buat kerja yang anda suka ...coklat..hmmm sedapnya.

Cari Duit Tambahan untuk keluarga. Jadi tak lah mengharapkan suami je.

Jangan buat alasan lagi. Perniagaan coklat sememang perniagaan yang cukup mudah walaupun anda bekerja makan gaji atau sekadar surirumah.

Kini telah ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan coklat mereka dari rumah samada secara separuh masa ataupun sepenuh masa. Anda bila lagi?



Jom Tengok apa kata beliau di laman sesawang nih!


Jom dapatkannya segera sebelum beliau naikkan harga ebook & CD tersebut!! kerana mkin hari makin banyak permintaannya!! wah..wah..wahhh... :D

Like This Page @ Facebook!





* Tambah Duit Poket Di SINI

Monday, September 12, 2011

Kurma MilkShake


Bahan-bahan: (1 jug air)
- 20 biji kurma basah
- 1/2 kotak susu segar rendah lemak (kotak besar)
- 2 sudu besar susu manis pekat
- 5 sudu besar ais krim vanilla

Cara-Cara:
- kurma dibuang biji terlebih dahulu
- Blend semua bahan di atas
- tambah ais
- siap!! segar buat minum berbuka puasa 6 semalam :-)



Tambah Duit Poket:
http://view.my/job
Linkhttp://view.my/blogse
http://view.my/choc
http://view.my/Biz20

Sunday, September 11, 2011

Kuah Lodeh


Bahan-Bahan:
(5-6 org makan)
- 3 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- sedikit lengkuas - diketuk
- segenggam udang kering
- 5 Kacang panjang - potong menyerong
- 1/4 kobis - kerat nipis panjang
- 1 biji lobak merah- potong panjang
- 1 paket tempe- kerat dadu dan goreng
- 3 ketul tauhu - kerat dadu dan goreng
- 2 ketul so hon
- 3 biji kentang - potong dadu besar
- 1 kotak santan
- garam & gula secukup rasa
- sedikit serbuk kunyit
- serbuk perasa (optional) saya guna serbuk rencah Hilal

Cara-Cara:
- Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering
- tumiskan dgn minyak dalam periuk hingga naik bau
- masukkan tempe dan tauhu yg telah digoreng td.
- masukkan serbuk kunyit. dan lengkuas ketuk.
- masukkan sedikit air serta santan cair (saya guna santan kotak je)
- masukkan lobak merah dan kentang hingga hampir masak. masukkan lagi santan yg pekat.
- masukkan pula kacang panjang, kobis dan so hon
- kacau seketika dan tunggu hingga masak @ didih.
- siap. makan dengan nasi impit dan ayam atau daging rendang etc (ikut suka) :-)



Iklan: Tambah Duit Poket di Rumah

Tuesday, June 28, 2011

Daging Kambing Masak Manis

p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks)

gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh hari.. terlupa nak snap gambar ms hidangan tu..huhuu


Kali ni ummi nak kongsi resepi daging kambing pula.. mungkin kawan2 (especially masih di jordan) nanti ada idea nak masak yang resepi ni pula... bertukar selera gulai kari atau sup je kan untuk kenduri kendara especially kenduri aqiqah :) ummi belajar ni masa buat aqiqah anakanda Munzir di JB sejurus pulang dari Jordan awal tahun ni. So, masa kenduri aqiqah anak abg ummi di kg pahang pula, ummi dapat request dr bondanya untuk masakkan kambing masak manis ni gantikan gulai kari.. :-) alhamdulillah satu pengalaman yg cukup bermakna!


Bahan-Bahan: (untuk 1 kg daging)
- 1 kg daging kambing

Bahan kisar:
- 4 biji bawang besar
- 1 biji bawang putih (6-7 ulas)
- 2 batang serai
- 1-2 inci Halia
- sedikit lengkuas
- 10 tangkai cili kering

Lain-lain:
- 1 biji tomato (dadu)
- tomato puree (1/2 tin)
- 2 cawan sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 3 cawan gula pasir atau secukupnya
- 1@ 1/2 tin susu cair
- rempah 4 sekawan
- garam dan serbuk perasa(optional) secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-Cara:
- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau
- Masukkan tomato dadu, tomato puree, rempah 4 sekawan, serbuk perasa (optional)
- kemudian masukkan pula sos cili, sos tomato serta susu cair dan garam
- dah naik minyak, masukkan daging kambing. air dari daging akan keluar, so, x perlu tambah air dlm masakan ini.
- masaklah hingga daging empuk.

note: - kacau kerap agar tiada kerak di bawah.
- blh juga tambah kentang mengikut selera masing2 :)
- gula lebih sikit coz resepinya masak manis..hiiiihii

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Goreng Gulai


Bahan-Bahan:
- 10 ketul ayam goreng
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1@2 tangkai serai
- 1 inci halia atau secukupnya
- 1 tangkai daun kunyit
- sedikit belacan
- 10 tangkai cili kering
- 1/2 tin susu cair
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 batang saderi (dipotong memanjang)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- sedikit minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu
- garam dan gula secukup rasa

cara-Cara:
- Blend semua bawang, serai, halia, belacan, cili kering
- panakan minyak dalam kuali
- Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
- Masukkan daun kunyit, tomato, batang saderi dan serbuk ketumbar
- masukkan susu cair bersama garam dan gula secukup rasa
- masukkan ayam goreng tadi. Tambah sedikit air jika perlu
- masak hingga didih dan sebati semuanya.
- siap!

Monday, June 20, 2011

Sayur Masak Lemak Tom Yam




Bahan-Bahan:
- Kacang Buncis (dihiris)
- Cauliflower (Kobis Bunga- dihiris)
- Lobak Merah
- 1 kuntum bunga Kantan (dibelah nipis)
- 4@2 biji Bawang Merah @ bawang besar (dimayang)
- 1 sudu besar pes Tom Yam
- 1/4 kotak santan
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa



Cara-Cara:
- Didihkan air bersama bawang2 dan pes tom yam
- Masukkan sayur lobak dahulu
- kemudian baru masukkan kacang buncis dan bunga kobis
- Masukkan santan, perasakan garam dan gula secukupnya
- kacau hingga masak mendidih agar santan tak pecah.. :)
- Tutup api. Siap! mudah je kan..? :-)

Selamat memasak dengan penuh Cinta dan kasih.. (>_<)

Note: sayur tu optional... terpulang kepada pilihan anda. campur-campur saja.. ;)

Sunday, June 19, 2011

Tempe Masak Lemak Ummi


Bahan-Bahan:
- 2 paket tempe (dipotong panjang kecil)
- satu kotak santan (kecil)
- 1/2 biji bawang besar @ 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit ikan bilis
- sedikit daun sup (dipotong)
- 1 sudu kecil lada hitam yg ditumbuk kasar
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa


Cara-Cara:
- tumbuk bawang2 bersama ikan bilis
- Masukkan ke dalam periuk
- masukkan tempe, santan dan air
- biarkan mendidih, masukkan lada hitam dan perasakan garam dan gula secukupnya
- kacau hingga masak dan masukkan daun sup.
- Tutup api
- siap!

Simple dan Mudah!! masak memang mudah..! =)

Tuesday, May 31, 2011

Sayur Kailan Ikan Masin


Bahan-Bahan:

- Sayur Kailan (dibersihkan dan dipotong biasa)
- Ikan Tenggiri Jeruk (dipotong kecil2)
- 4 biji bawang merah atau 1 bawang besar (dipotong dadu atau tumbuk)
- 2 ulas bawang putih (dipecahkan atau ditumbuk)
- 1 sudu sos tiram
- garam dan perencah masakan secukup rasa (umi guna perencah Hilal)
-sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
- panaskan minyak atas kuali
- tumis bawang2 bersama ikan tenggiri jeruk
- masukkn sos tiram
- masukkan sayur kailan. kemudian perasakan bersama garam dan serbuk perasa tadi..
- kacau sebentar hingga sayur masak. jangan terlalu lama, nanti hilang kualiti segar sayur tadi.
- hidangkan :)

p/s; kalau nak rasa pedas, tumbukkan sedikit cili api dalam tumis tadi. =)

Friday, April 22, 2011

Ikan Kembong Masak Gulai Asam
















Bahan-Bahan:

- Ikan Kembong (option berapa ekor)
- 1 biji bawang besar dikisar
- sedikit belacan secukup rasa (dikisar)
- satu sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu kecil serbuk kunyit atau kunyit hidup (dikisar)
- 1 batang serai (dititik)
- daun kesum
- 3 keping asam gelugor
- 2 biji tomato dihiris 4
- garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:
- campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu periuk bersama air paras ikan atau lebih (jika mahu kuah byk)
- masak hingga didih n cukup rasa garam & gulanya.. :)

* idea dari carian di internet..dah cuba .. simple dan mudah sangat!!

* gambar diupload kemudian.. ;)

Want some free dessert? All you need is to be the first 100 commenters on #myhoneymoon's FB page. Desserts, FTW!

Want some free dessert? All you need is to be the first 100 commenters on #myhoneymoon's FB page. Desserts, FTW!

Why am I still in the middle of the track?! I need to overtake my friends to get the iPad 2! #Churp2race

Why am I still in the middle of the track?! I need to overtake my friends to get the iPad 2! #Churp2race

Sunday, January 9, 2011

Ayam Bakar Sihat



Bahan-Bahan:
- 1 ekor ayam @ 1/2 ekor (optional)
- Sos Tiram
- Minyak Bijan atau Minyak zaitun (optional)
- Sedikit serbuk lada hitam
- Halia (dihiris kecil2 nipis)
- Bawang besar ( dihiris bulat tebal)
- bawang putih (dihiris hancur)
- Ubi kentang (dipotong bulat2 sedang)
- garam secukupnya
- segenggam daun ketumbar

Cara-Cara:
- Perap ayam bersama sos tiram, bawang putih, halia, garam, lada hitam, minyak zaitun atau minyak bijan. lebih lama perap, lagi best dan rasa!
- lapiskan loyang pembakar dengan aluminium foil.
- masukkan ayam yg sudah diperap tadi
- susunkan kentang, bawang besar dan daun ketumbar atasnya
- bakar di dalam oven selama 60 minit pada suhu 200'c atau mengikut suhu oven masing2..

p/s:
- biar sederhana panas suhunya dan lama masa dibakar agar ayam lebih lembut
- 15 minit sblm masak, buka aluminium di atasnya untuk bagi warna daging ayam sedikit hitam dan nampak cantik..hiii (optional)
- jikalau yang menggunakan dapur untuk bakar, gunakan api yang perlahan dan bakar selama sejam atau sehingga masak ye.. nanti hangus lak api besar..hihii..
- Bagi yang suka masam2 sikit, boleh perah dengan air lemon. :)
selamat mencuba!! simple dan cepat!! sihat lagi.. ;)

Laksa Penang Simple

khusus untuk yang di perantauan yg kurang bahan ;)


Bahan-Bahan:
- 3 ekor ikan makarel (direbus dan diasingkan isi dan tulangnya)
- 3 bawang besar (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- satu sudu besar cili giling atau cili kisar
- satu kuntum bunga kantan (kalau ada)
- segenggam daun kesum (kalau ada)
- 3 keping asam keping
- air secukupnya
- garam dan gula secukup rasa
- perasa (optional) - saya guna serbuk perencah hilal ;)
- mee laksa (direbus dan di tos)
- sedikit minyak untuk menumis

Bahan ulaman:
- daun salad (dihiris nipis kecil)
- timun ( dihiris panjang nipis)
- telur rebus
- lada merah (dipotong nipis serong atau bulat)


Cara-cara:
- isi ikan di blend manakala tulang ikan diblend bersama air rebusan td dan ditapis untuk dapatkan airnya sahaja
- tumiskan bahan kisar serta cili giling hingga naik bau
- masukkan isi ikan yang telah diblend hancur tadi
- masukkan air rebusan tulang yg diblend tadi bersama air rebusan yang berbaki
- tambah air jika terlalu pekat
- masukkan asam keping
- perasakan dengan garam dan gula secukupnya serta bahan perasa jika mahu.
- biarkan hingga mendidih dan masak.
- boleh dihidangkan dengan mee laksa bersama ulaman tadi.
- simple dan ringkas! :)

p/s: ikan makarel beku sini agak hanyir. Untuk elakkan rasa hanyir, masukkan asam keping atau asam jawa semasa merebus ikan. :)

Ayam Paprik



Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam di potong kecil2
- 2 biji bawang besar (dihiris)
- 8 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- 1 tangkai serai (diketuk)
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sayur-sayuran (optional ikut pilihan)
- lobak (potong nipis bulat atau memanjag)
- Kubis bunga
- kacang buncis atau kacang panjang
- garam dan gula secukup rasa
- air secukupnya
-minyak masak untuk menumis
- serbuk perasa (optional)


Cara-cara:
- Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
- masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap
- masukkan ayam. ratakan dan biarkan seketika hingga hampir masak
- tambah air, garam dan gula secukupnya
- masukkan daun limau purut dan serai
- masukkan sayuran tadi. masukkan dahulu lobak, kemudian kubis bunga dan kacang buncis
- gaul hingga kesemua masak. siap ;)


Popular Posts

Carrot