Sunday, May 3, 2009
:: KERABU SOSEJ IKAN BILIS UMMI ::
Alhamdulillah...
Hari ini saya buat masakan paling simple sekali! mana taknya ianya bukan saja dijamah sebagai lauk, malah merangkap sayur juga.. sebabnya terasa nak makan berlaukkan ikan bilis lak.. dah hampir tiap hari duk makan ayam saje.. saya pun buka kabinet dapur mencari ikan bilis yang kami bawa dari Malaysia ketika pulang bercuti tempoh hari..
actually, saya dapat idea dari laman myresipi.com, kerabu tomato rasa namanya..x sure..hihii.. tapi saya godek-godek tukar selera sendiri maka jadilah kerabu Sosej ikan Bilis.. Jom, Meh cuba! mudah saja.
Bahan-Bahan:
- 4 biji tomato dibelah dadu besar
- ikan bilis satu genggam digoreng terlebih dahulu
- 4 potong sosej di belah kecil-kecil
- 1 biji bawang besar di mayang halus
- 2 biji bawang putih
- 2 biji cili merah @ cili hijau dihiris
- minyak untuk menggoreng dan menumis
- garam secukup rasa
- sedikit perahan lemon
Cara-caranya:
- panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis
- masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah @ hijau. goreng hingga naik bau
- then, masukkan pula sosej tadi..
- masukkan pula ikan bilis tadi
- bila dah agak-agak masak sosejnya. masukkan tomato tadi bersama daun ketumbar. perasakan bersama garam dan perahan lemon tadi secukup rasa.
- ok, dah siap pun.. ringkas kan?
selamat mencuba! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Idea nak masak sotong lemakputih ni lepas teringat beberapa tahun sebelum berangkat ke Jordan, saya pernah makannya di rumah salah seorang l...
-
Alhamdulillah... ummi dah siapkan menu untuk berbuka arini.. Kerabu Pucuk Paku yang umi dapat idea nak masak dari ahli group di Resepi...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
salam sejahtera semua... Kali ni ummi nak share masakan kesihatan... ia juga baik untuk dijadikan sebagai makanan ketika berpantang buat ib...
-
Tauhu Sumbat! owh.. lama betul tak makan... Bila dah nak masuk bulan ramadhan ni, tekak ni terasa sangat nak makan pulak.. hehe.. 'mode&...
-
Bahan-Bahan: - Tempe x2 - dipotong dadu atau nipis dan digoreng dahulu. - 1 bungkus cendawan tiram - dicarik2 - 1 mangkuk ikan bilis...
-
salam bahagia semua.. kali ini saya masukkan pula resipi salah satu masakan tradisional arab jordan iaitu Mansaf. memang favourite kebanyaka...
-
Assalamu'alaikum wrt... Dessert kali ini menggunakan puding arab.. namanya Muhallabia (ada dijual di TolKareem, sweileh), serbuk ready t...
-
Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang b...
No comments:
Post a Comment