Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday, May 12, 2009

:: AYAM MASAK KICAP SINGAPURA ::

salam..

resipi ni diminta oleh mama hanin selepas saya ada bagitahunya saya pernah buat ayam kicap singapura.. saya belajar pun dari laman myresipi.com :) adalah sikit ubah2 ikut selera.. beza sikitlah dengan ayam masak kicap biasa.. masa saya buat, kuahnya agak pekat, tapi kalau resipi asal dr wifemuda@myresipi.com, kuahnya cair sikit.. sebab saya kurangkan air kot dan ayam pulak tak digoreng ;) hiii

gambar hiasan je.. yg buat sendiri tak sempat snap ;)


Bahan- bahan:

  • 1/2 ekor ayam ( dipotong 8, dibersihkan dan digoreng )
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 5 biji bawang merah ( dikisar )
  • 3 biji bawang putih ( dikisar )
  • 1 inci halia ( dikisar )
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato sederhana besar ( dikisar )
  • 3 sudu cili kering yg dikisar ( ikut suka klu nak pedas )
  • minyak untuk menumis
  • sedikit garamdan gula penambah rasa
  • sedikit air

Cara-Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar kecuali tomato. biar hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan tomato, ayam dan lada sulah.Kacau dan biar beberapa minit.
  3. Masukkan sedikit air, kicap dan sos. Kacau sebati.
  4. Masukkan garam secukupnya dan biar ayam empuk....
  5. Selepas itu bolehlah dihidangkan......
  6. selamat mencuba..

No comments:

Popular Posts

Carrot