Subscribe:

Ads 468x60px

Yang Sempoi Itu Mudah, Yang Mudah Itu Tak Susah. So.... Memasak Ini Mudah dan Tak Susah! Yang Penting Masak Dengan Hati, Masak Dengan Iman ^^

Wednesday, May 6, 2009

:: PES TOMYAM ::

Salam..
yang ni pula nak sampaikan cara buat pes tomyam..kahs buat sahabat-sahabatku yg di perantauan ni lah.. maklum, tiada dijual yg sesedap sebagaimana di jual di Tanah Air ;) saya memang amat gemar masakan Tom Yam ni.. so, nak simpanlah dalam simpanan sendiri. senang-senang nanti boleh refer bila-bila... ;)

saya ambil koleksi ni dari laman masakan peribadi.


Bahan-bahan:
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

No comments:

Popular Posts

Carrot