Salam semua..
saya ambil resipi ni dari k.ina sweileh lagi.. actually saya dah pernah 2 kali buat tp asyik terlupa nk snap gambarnya dan yang saya buat sedikit ringkas.. maklum, ni makanan arab jordan jadinya better saya ambil resipi asalnya dari k.ina.. hiii.. best sgt maqlubah ni..hubby pun suka!
Bahan-bahan.
3 gelas beras Thailand Sunwhite.
1 peket syairiyyah (vermicelli)
1 biji terung besar (bazinjan)
1 ketul kentang besar .
1 bunga kobis (zahri).
3 biji lemon (potong)
1 biji bawang besar(potong dadu)
1 batang kayu manis.
Air
Rempah (baharat).
2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur)
2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal)
2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon)
2 sudu besar rempah kabsah
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah lada putih (fil fil aswad)
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
#kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada.
Cara-cara.
1. Basuhkan beras.
2. Rendam beras selama 20 minit.
3. Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian)
4. Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air.
5. Sementara itu panas air setengah periuk besar.
6. Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.
7. Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas.
8. Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis.
9. Rebus ayam tersebut hingga masak.
Sementara itu...
1. Kupaskan kulit terung.
2. Potong terung anggaran 1/2 inci tebal.
3. Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak)
4. Kupas kentang.
5. Potong kentang 1/2 inci tebal
6. Potong bunga kobis.
Panaskan minyak.
Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat.
Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat.
Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat.
(maaflah...ayat tak berapa menarik )
Sementara itu...
1. Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.
2. Gaul beras denga sedikit garam.
3. Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras.
4. Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras.
5. Biarkan seketika.
6. Sediakan periuk di atas api.
7. Masukkan 1/4 campuran beras di atas.
8. Masukkan ayam (dari sup)
9. Masukkan 1/4 beras di atas.
10. Masukkan terung goreng.
11. Masukkan1/4 beras.
12. Masukkan kentang goreng.
13. Masukkan 1/4 beras.
14. Masukkan bunga kobis goreng.
15. Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis.
16. Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.)
Masak di atas api sederhana atau di dalam oven.
Selamat mencuba maqlubah.
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
p/s: gambar agak comot (dlm periuk besar lg..uhuks) gambar ni masa masak memasak kenduri aqiqah untuk anak sedara umi, widad adlina tempoh h...
-
Idea nak masak sotong lemakputih ni lepas teringat beberapa tahun sebelum berangkat ke Jordan, saya pernah makannya di rumah salah seorang l...
-
Kalau selalu kita masakkan itai salai ni dengan masak lemak cili api, arini kita cuba buat itik salai masak sambal merah pula. :) Bahan-Baha...
-
Salam semua... alhamdulillah ummi try satu resipi baru hasil carian di internet.. resepi untuk daging kambing.. selalu buat sup atau kari sa...
-
mode: baru blk bercuti di cameron highlands bersama ahli family yg lain.. termasuk mak dan abah ummi.. :) Bahan-bahan: - 1 bekas strawberry ...
-
Resipi kali ini ada sedikit kelainan.. Tambahan susu cair di dalam resipinya memberikan kelainan pada rasanya berbanding rasa Tom yam yang b...
-
Bahan-Bahan: (5-6 org makan) - 3 biji bawang besar - 1 labu bawang putih - sedikit lengkuas - diketuk - segenggam udang kering - 5 Kacang p...
-
Bahan-Bahan: - 2 paket tempe (dipotong panjang kecil) - satu kotak santan (kecil) - 1/2 biji bawang besar @ 4 ulas bawang merah - 2 ulas baw...
-
TEMPE . ( Sumber dari kak Noormasri ) Bahan-bahan: 200 g kacang soya 40 g tempe Cara-cara utk buat ragi: Tempe dihiris nipis-nipis kemud...
-
Ringkas dan Khasiat jenis masakan: Rebus Bahan-Bahan: - 1 paket wild cendawan - 1 paket kecil so hun - 1/2 biji bawang besar kuning @ bawang...
No comments:
Post a Comment