Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday, May 3, 2009

:: NASI TOMYAM UMMI ARAB STYLE ::

Assalamu'alaikum wrt..

Untuk pertama kalinya saya masukkan dahulu semua senarai resipi yang telah saya buat sebelum ni yang saya hanya petik dari blog saya yang pertama: http://uwaisamzar.blogspot.com/

senang sikitlah bila dah bukukan dalam satu buku je! eh blog..hiii

**********************************************

Pagi Tadi saya pening..tak tahu apa menu hari ini nak buat untuk my family... tub2.. Ilham datang... satu resipi simple dan mudah... saya ciptakan satu resipi baru saya kira... ;)

Saya berikan namanya Nasi TomYam Ummi Arab Style!! herm. kenapa ye? ideanya saya dapat dr cara masak maqlubah..satu resipi arab...saya ubah gunakan untuk nasi tomYam..malaysian style.. hihii

Inilah Nasinya..:)

Nasi ni saya kira sangat berkhasiat sebab tanpa guna minyak kerana asasnya adalah rebusan!

Saya suka nak berkongsi resipi baru saya ni dengan anda semua.. :)

Bahan Rebusan Ayam:
1) 5 Ketul Ayam dan 10@lebih cawan Air
2) 3 batang serai dikerat 2
3) Sebiji Bawang besar dipotong 4
4) Sebiji Carrot kecil saja
5) Daun Limau Purut
6) 2@3 sudu serbuk kunyit
7) 2 sudu serbuk ketumbar
8) satu sudu besar garam
9) 1 batang kayu manis (cinnamon)

gambar: nasi yang sedang di masak


Bahan Nasi:
1) Air rebudsan ayam
2) 3 cawan beras (dibasuh dan direndam selam 30 min lbh kurang
3) Mix Vega-sayur campur frozen (ikut suka nak banyak mana)
4) Satu peket serbuk TomYam Putih adabi
5) garam secukup rasa

Cara-Caranya:
1) Basuh ayam terlebih dahulu
2) Rebus ayam bersama air, dan bahan2 rebusan tadi selama setengah jam atau agak2 masak sikit
3) Sementara itu basuh beras dan rendam selama setengah jam
4) kuarkan ayam dan bahan2 rebusan tadi ke dalam loyang
5) bakar sementara di dalam oven selama lbg kurang 30 minit bersuhu 260
6) Mula masak nasi: taburkan separuh beras ke dalam periuk.
7) letakkan pula mix fruit tadi separuh
8) letakkan ayam-ayam yg siap dibakar tadi bersama serai, bawang, carrot dan taburkan serbuk tomyam putih tadi sekali.
9) letakkan pula mix fruit dan beras yang selebihnya tadi...
10) then masukkan air rebusan tadi.. (1 cawan beras=1 1/2 cawan air), bubuh garam secukup rasa.
11) tanak seperti biasa dengan api sederhana besar (blh kalu nak tutup periuk-kecilkan apinya)
12) siap! taburkan sikit daun ketumbar..sedap sikit baunya.. arab style kan..heh

Nasi ini boleh makan bersama ulam-ulaman@acar timun tomato@sayur tomyam ataupun ikut selera andalah! ;)

alhamdulillah... anak2 pun suka! apalagi si ayahnya..heheee..

ummu_uwais81@myresipi.com

No comments:

Popular Posts

Carrot